Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa, tamat dengan gema kesedaran biodiversiti Borneo
  • PENDIDIKAN

Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa, tamat dengan gema kesedaran biodiversiti Borneo

Utusan Sarawak 2 days ago
PEMENANG bagi kategori kamera terbaik (DSLR) tempat pertama Bruce Teo, tempat kedua, Oliver Christopher dan tempat ketiga Jason Teo Jia Hong.

KOTA SAMARAHAN: Acara tahunan yang dinanti-nantikan, Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa edisi ke-11, melabuhkan tirainya tepat 6.00 petang tadi dengan pelbagai pengisian menarik yang mengetengahkan kepentingan pemuliharaan spesies amfibia Borneo.

Sebagai acara utama anjuran Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), perlumbaan unik ini telah berlangsung hampir setiap tahun sejak 2012, bertepatan dengan sambutan Hari Selamatkan Katak Sedunia yang merupakan inisiatif global yang meraikan lebih 270 acara di lebih 30 negara.

Tahun ini, acara diserikan dengan ucapan penutup Profesor Dr Ahmad Hata Rasit yang menegaskan bahawa perlumbaan ini merupakan gerakan pemuliharaan rakyat yang berjaya menarik perhatian umum terhadap kekayaan biodiversiti Sarawak dan Borneo.

Antara aktiviti utama perlumbaan kali ini ialah pertandingan fotografi amfibia yang diadakan di kawasan hutan belantara Borneo pada malam 28 dan 29 Jun 2025. Peserta bersaing mencari dan merakam gambar spesies katak menggunakan kamera DSLR dan telefon bimbit dalam dua kategori berasingan yang dinilai berdasarkan jumlah spesies dan kualiti fotografi.

Turut berlangsung di Auditorium PeTARY, Perpustakaan Unimas, ialah ceramah ilmiah, pameran vendor, tayangan dokumentari, dan jualan cenderamata bertemakan katak termasuk lencana, baju-T dan poskad edisi khas perlumbaan.

Penceramah antarabangsa, Prof Alexander Haas dari Museum of Nature Hamburg, Jerman, membentangkan ceramah mengenai peringkat larva dan gaya hidup amfibia Borneo, manakala penceramah tempatan, Nathaline Ping Wailyn dari Unimas, memperkenalkan spesies katak endemik Sarawak yang terancam iaitu “Hole-loving frog”. Beliau turut mengetuai lawatan pasca acara ke kawasan perlindungan habitat katak tersebut.

Senarai Pemenang Perlumbaan Fotografi 2025 kali ini bagi kategori kamera terbaik (DSLR) tempat pertama Bruce Teo, tempat kedua, Oliver Christopher dan tempat ketiga Jason Teo Jia Hong.

PEMENANG kategori jumlah spesies terbanyak dirakam, tempat pertama Mohd Hafiz Ali, tempat kedua Bob Zakaria dan tempat ketiga milik Mohammad Affirul Faim Abdul Rahim. 

Bagi kategori foto telefon bimbit, tempat pertama milik Ng Jia Jie, tempat kedua AK Mohd Shahrin Nizam Haisron dan tempat ketiga Simon Hiew Xi Zen.

Manakala kategori jumlah spesies terbanyak dirakam, tempat pertama Mohd Hafiz Ali, tempat kedua Bob Zakaria dan tempat ketiga milik Mohammad Affirul Faim Abdul Rahim.

Penemuan Paling Unik (Kategori Baharu 2025) dimenangi Masliadi Asri iaitu gambar katak melekit keluar dari pokok periuk kera, satu penemuan luar biasa yang menambah pengetahuan tentang tingkah laku spesies ini.

PEMENANG bagi kategori foto telefon bimbit, tempat pertama milik Ng Jia Jie, tempat kedua AK Mohd Shahrin Nizam Haisron dan tempat ketiga Simon Hiew Xi Zen.

Kesemua peserta menerima cenderamata eksklusif termasuk baju-T, lencana dan poskad bertemakan katak sebagai simbol penyertaan dalam inisiatif pemuliharaan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kerusi Shell di Unimas dan dinilai oleh panel juri antarabangsa berpengalaman termasuk Dr Hans Hazebroek, Cynthia Lobato, Chien Lee, Pearl Ee, Collin Cheong, Pui Yong Min, Dr Jongkar Grinang dan Prof Indraneil Das.

Berakhirnya pertandingan ini, sekali lagi Borneo membuktikan bahawa ia bukan sahaja kaya dengan biodiversiti, tetapi juga semangat rakyatnya untuk melindungi dan meraikannya bersama dunia.

Oleh Norman B

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Dr Kelvin Yii allocates RM196,964 for upgrading works at SJK(C) Chung Hua No.1 Kuching
Next: Pendidikan berkesan putuskan rangkaian kemiskinan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.