Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Wang palsu, barangan jenayah bernilai lebih RM700,000 dilupus
  • NASIONAL

Wang palsu, barangan jenayah bernilai lebih RM700,000 dilupus

Utusan Sarawak 2 days ago

KETUA Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood (dua, kanan) bersama Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Dr Azrol Abdullah (kanan) dan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin (tiga,kanan) ketika hadir pada program pelupusan barang kes jenayah dan komersial bernilai RM721,239 membabitkan kes yang disiasat pada 2017 hingga tahun ini di IPD Brickfields, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Brickfields melupuskan barang kes bernilai RM721,239 yang dirampas sejak 2017 termasuk wang palsu mata wang Amerika Syarikat hasil kegiatan penipuan penukaran wang oleh sindiket antarabangsa. 

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pelupusan itu melibatkan 124 kertas siasatan jenayah dan jenayah komersial yang telah selesai sepenuhnya di mahkamah. 

“Sebanyak 47,906 barang kes jenayah dengan nilai keseluruhan RM630,565 telah dilupuskan, manakala kes jenayah komersial pula membabitkan 1,325 barang kes dengan nilai RM90,674,” katannya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini.

Antara yang dilupuskan wang tunai RM9,833 dan sejumlah besar barangan rampasan lain, termasuk daripada kegiatan perjudian, pusat hiburan tanpa lesen, pelacuran serta rumah urut haram.

Ku Mashariman berkata antara kes itu melibatkan seorang warga asing yang terlibat dalam penipuan pertukaran wang pada tahun lepas dan suspek menggunakan ASD400,000 wang palsu untuk memperdaya mangsa yang mahu menukar mata wang. 

“Kita tahan suspek dan merampas wang tunai ASD400,000 yang disahkan palsu. Suspek telah didakwa, dihukum penjara 15 bulan dan akan dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata tujuan utama pelupusan itu adalah untuk memastikan semua barang kes dilupus secara sah mengikut peruntukan undang-undang, mengurangkan beban penyimpanan serta mengelak risiko kecurian jika disimpan terlalu lama.– Bernama

Continue Reading

Previous: Indeks Teknologi pengaruhi pasaran, strategi semikonduktor kebangsaan tarik pelaburan RM63 bilion
Next: PM Anwar minta KKM percepat pengisian lebih 4,000 jawatan doktor di fasiliti kesihatan – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.