Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pertempuran sempadan Thailand-Kemboja: 14 maut, 100,000 penduduk dipindahkan
  • GLOBAL

Pertempuran sempadan Thailand-Kemboja: 14 maut, 100,000 penduduk dipindahkan

Utusan Sarawak 2 days ago

Askar Tentera Diraja Thailand kelihatan berada di atas kenderaan berperisai di sebuah jalan di wilayah Chachoengsao, Thailand. - Foto AFP

BANGKOK: Lebih 100,000 penduduk Thailand sudah dipindahkan di sepanjang sempadan Kemboja susulan pertempuran tentera paling berdarah antara kedua-dua negara dalam tempoh lebih sedekad.

Kementerian Dalam Negeri berkata, 100,672 orang dari empat wilayah sempadan sudah dipindahkan ke pusat perlindungan, manakala Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa jumlah kematian meningkat kepada 14.

Menurut Timbalan Jurucakap Tentera Thailand, Ritcha Suksuwanon, tentera Kemboja melepaskan tembakan roket dan peluru artileri ke arah Thailand semalam, manakala tentera udara Thailand menghantar jet F-16 untuk melancarkan serangan udara.

“Enam jet pejuang tentera udara Thailand dikerahkan dan membedil dua sasaran ketenteraan Kemboja di darat,” katanya.

Pertempuran itu menandakan peningkatan ketara dalam persengketaan jangka panjang antara dua negara jiran yang juga destinasi pelancongan popular berhubung kawasan dikenali sebagai ‘Emerald Triangle’ atau Segitiga Zamrud, di mana sempadan Thailand, Kemboja dan Laos bertemu.

Pertikaian yang berlarutan selama beberapa dekad itu pernah mencetuskan pertempuran berdarah lebih 15 tahun lalu dan sekali lagi pada Mei lalu apabila seorang askar Kemboja terbunuh dalam kejadian tembak-menembak.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata enggan mengulas lanjut dan belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jumlah korban di pihak mereka. 

Wartawan AFP melaporkan penduduk Kemboja mula melarikan diri dari kampung mereka yang terletak berhampiran sempadan Thailand untuk menyelamatkan diri daripada pertempuran.

Atas permintaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan mesyuarat tergempar pagi ini bagi membincangkan insiden berdarah itu, menurut sumber diplomatik kepada AFP.

Kesatuan Eropah dan China iaitu sekutu rapat Phnom Penh selain Amerika Syarikat dan Perancis juga bekas penjajah Kemboja turut menyatakan kebimbangan mendalam terhadap konflik itu dan menggesa dialog diadakan segera. – AFP

Continue Reading

Previous: Ketua PBB gesa Thailand, Kemboja ambil tindakan berhemah
Next: Sembilan maut, 16 cedera dalam kemalangan bas di Tengah Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.