Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahli Parlimen Miri hadir pemukiman kerajaan, fokus rumah, sekolah dan infrastruktur
  • SEMASA

Ahli Parlimen Miri hadir pemukiman kerajaan, fokus rumah, sekolah dan infrastruktur

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man telah menyertai sesi pemukiman selama dua hari satu malam bersama barisan Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan Madani.

Menurut Chiew, sesi itu hampir kesemua wakil rakyat kerajaan telah hadir menjayakan program itu yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Katanya, pemukiman ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta ruang perbincangan berkenaan isu-isu nasional yang penting menjelang pembukaan sidang Parlimen kelak.

“Antara agenda utama yang menjadi tumpuan dalam sidang kali ini ialah pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal menjadi asas perancangan dan hala tuju pembangunan negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Di samping menyertai perbahasan mengenai RMK-13, saya juga akan terus membawa dan mengangkat pelbagai isu penting melibatkan kawasan saya dan peringkat nasional, termasuk perkara-perkara berikut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, antara sepuluh isu penting melibatkan kawasan Parlimen Miri dan peringkat nasional ialah keperluan Kerajaan sediakan rumah mampu milik di Miri dan membantu rakyat Miri untuk memiliki rumah.

Kedua, memantau progress projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tudan bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam waktu yang terdekat.

Ketiga, melaksanakan perancangan pendigitalisasi di semua sekolah bagi memastikan segala kemudahan dalam sekolah dapat bersiap sedia ke arah dunia digitalisasi.

Keempat, meningkatkan keberkesanan kerajaan dan menawarkan insentif sebagai usaha kerajaan dalam menarik dan menguruskan kemasukan pelaburan asing.

Kelima, status permohonan peruntukan bagi menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh.

Keenam, tindakan susulan bagi pelaksanaan perancangan mitigasi banjir di Miri agar masalah banjir yang berlaku awal tahun ini dapat dicegah.

Ketujuh, status pembinaan, penaiktarafan atau pembaikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Balai Polis Pusat Miri.

Kelapan, status pelaksana projek pembinaan Lapangan Terbangan Miri dan Naiktaraf Jalan di Pujut 3 Bulatan GK.

Kesembilan, isu kerakyatan bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar negara.

Akhir sekali, keputusan kajian dan tindakan susulan terhadap masalah tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Inisiatif sejahtera MADANI dilancar, berjaya kumpul dana hampir RM120 juta
Next: Tukar tugas polis bukan penyelesaian isu gangguan pelancong- Tiong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.