Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan rapi JBPM di kawasan berisiko kebakaran di Sri Aman dan Betong
  • Selatan
  • WILAYAH

Pemantauan rapi JBPM di kawasan berisiko kebakaran di Sri Aman dan Betong

Utusan Sarawak 3 days ago
ANGGOTA bomba giat menjalankan pemantauan rapi di kawasan-kawasan ‘hotspot’ sekitar Bahagian Sri Aman dan Betong bermula awal Julai lalu cegah pembakaran terbuka. Foto: Bomba Zon 3 Sarawak

SIMANGGANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3 Sarawak kini giat menjalankan pemantauan rapi di kawasan-kawasan panas (hotspot) sekitar Bahagian Sri Aman dan Betong sejak awal Julai lalu.

Ketua Zon 3 JBPM Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pemantauan ini dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko dan statistik kes pembakaran terbuka yang direkodkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha pencegahan awal, terutamanya ketika cuaca panas dan kering yang berisiko tinggi menyebabkan kebakaran mudah merebak. 

“Sehingga Julai tahun ini, kami telah menerima empat panggilan kecemasan melibatkan kebakaran hutan, belukar, ladang dan sampah di kawasan Sri Aman dan Betong,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Muhammad Rais turut memaklumkan bahawa pihak bomba mengedarkan risalah kepada komuniti setempat sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran, bagi menekankan bahaya pembakaran terbuka, khususnya dalam aktiviti pertanian.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menjalankan sebarang pembakaran terbuka. Aktiviti ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU), malah mengancam keselamatan nyawa, harta benda serta alam sekitar,” tegasnya.

Tambah beliau, cuaca panas dan kering yang sedang melanda Sri Aman ketika ini boleh mempercepatkan penyebaran api, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya kebakaran besar yang mampu menjejaskan aktiviti harian serta kesejahteraan masyarakat.

“Saya mengingatkan semua agar peristiwa hitam kebakaran hutan di kawasan Kejatau yang berlaku pada 2019 tidak berulang kembali,” ujarnya.

Muhammad Rais turut menggesa semua pihak, termasuk agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agar bekerjasama dalam melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat serta bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa berkaitan keadaan jerebu di kawasan Sri Aman dan Bahagian Betong, serta mematuhi segala nasihat dan arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa laluan ditutup, Pesta Sematan 2025
Next: 149 ibu bapa sertai bengkel keibubapaan KEMAS di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.