Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada bukti sahih berhubung lokasi Jho Low, penggunaan pasport
  • NASIONAL

Tiada bukti sahih berhubung lokasi Jho Low, penggunaan pasport

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengadakan sidang media selepas menghadiri lawatan kerja ke Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Resonse Centre -NSRC) di Sasana Kijang hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguat kuasa antarabangsa bagi mengesan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil semakan dan maklumat yang diterima setakat ini tidak menemukan sebarang bukti atau fakta sokongan yang sahih berhubung lokasi semasa Jho Low mahupun penggunaan pasport oleh individu berkenaan.

“Berhubung laporan tertentu yang mengaitkan lokasi serta penggunaan pasport oleh individu itu, saya tegaskan bahawa perkara berkenaan belum disokong dengan apa-apa bukti sah sehingga kini. Jadi ia kekal sebagai dakwaan,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di sini hari ini.

Baru-baru ini, terdapat dakwaan menyatakan Jho Low yang terlibat skandal 1MDB kini menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China menggunakan pasport Australia yang palsu.

Mengenai NSRC, Saifuddin berkata pusat operasi NSRC sedia ada akan dipindahkan ke premis sendiri di Cyberjaya pada September ini dan premis ini akan dilengkapi kemudahan terkini dan ruang lebih luas serta kaunter aduan bagi memudahkan orang ramai membuat aduan secara fizikal.

“Keputusan itu (memindahkan pusat operasi) akan disertai dengan penambahan perjawatan 139 dan pertambahan agensi juga. Sekarang ini saya sebut empat tapi secara prinsipnya, kita bersetuju juga untuk menerima penyertaan dua lagi agensi, iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan juga Suruhanjaya Sekuriti.

“Jadi ini ke arah pengukuhan lagi supaya penyertaan dua agensi baharu itu tambahan kepada empat (agensi) sedia ada (dan) dengan sendirinya kedudukan NSRC itu akan lebih dapat memenuhi fungsinya,” katanya.

Ketika ini keanggotaan NSRC terdiri empat agensi, iaitu PDRM, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pindaan Akta 711 isyarat kesungguhan politik tangani rasuah, salah laku
Next: TH rancang kaedah digital serahan passport jemaah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.