Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Premier Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
KUNJUNGAN hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima kunjungan hormat daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi.

Kunjungan tersebut bersempena sesi pra-Kabinet Negeri menjadi platform penting untuk memaklumkan secara langsung kepada Tun Wan Junaidi mengenai hal ehwal pentadbiran negeri bagi pertimbangan dan pandangan beliau.

Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu diadakan dalam suasana mesra dan penuh muafakat, mencerminkan hubungan erat antara institusi Astana dan cabang eksekutif kerajaan serta komitmen bersama dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negeri.

Tun Wan Junaidi turut menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Abang Johari, negeri ini akan terus diurus tadbir dengan baik serta menggalakkan kerjasama semua pihak demi kesejahteraan dan manfaat rakyat secara menyeluruh.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: LPNM perkukuh industri nanas Sarawak melalui pendekatan holistik, inklusif
Next: Sarawak sasar 20,000 hektar ladang nanas menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.