BEKENU : Perniaga dan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menggelak kompaum RM1,000 daripada pihak berkuasa.
Tinjauan Utusan Sarawak di sekitar pekan Bekenu semalam mendapati setiap kedai yang beroperasi mematuhi SOP dengan menyediakan alat bacaan suhu dan buku catatan nama pengunjung.
Menurut seorang pemilik kedai makanan yang enggan nama disiarkan berkata, bagi pengunjung yang tidak mahu melakukan bacaan suhu, catatan nama dan number telefon adalah tidak dibenarkan memasuki kedai.
Katanya, setakat ini tidak terdapat pengunjung atau pelanggan yang ingkar dengan SOP di sini.
Sehubungan SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) bahawa pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Subis (MDS) sentiasa melakukan pemantauan di sekitar pekan Bekenu.
Pemantauan MDS adalah dilakukan bersama pihak PDRM dan dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), tambahnya.
Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa pihak berkuasa berkenaan sentiasa melakukan pemantauan di kedai Simpang Bekenu, Simpang Batu Niah, pekan Batu Niah dan Sepupok.
Justeru itu, orang ramai sangat dinasihati agar terus mematuhi SOP bagi menjaminkan keselamatan bebas dari wabak Covid-19 yang bahaya.
Setakat ini, Daerah Subis adalah merupakan sebuah daerah yang masih dalam kategori zon hijau di Sarawak.