Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SMA alu-alukan penyertaan Anugerah Ekonomi Digital 2025
  • SEMASA

SMA alu-alukan penyertaan Anugerah Ekonomi Digital 2025

Utusan Sarawak 4 days ago

KUCHING: Anugerah Ekonomi Digital (DEA) 2025 kembali dianjurkan tahun ini dengan penyertaan kini dibuka melibatkan tujuh kategori.

Penganjuran anugerah berprestij itu bersempena edisi kelapan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS).

Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyertaan boleh dibuat secara dalam talian di https://dea2025.ireka.my mulai sekarang hingga 15 September.

Kategori yang dipertandingkan dalam DEA 2025 melibatkan Anugerah Transformasi Teknologi Digital, Anugerah Penyelidikan dan Pembangunan serta Pengkomersialan, Anugerah Keusahawanan dan Permulaan Perniagaan, Anugerah Kerajaan Digital, Anugerah Kandungan Kreatif Digital, Anugerah Kemampanan Alam Sekitar dan Anugerah Kepimpinan Digital.

Pemenang setiap kategori akan dinilai lanjut berdasarkan strategi pelaksanaan yang strategik, kepimpinan dalam transformasi digital, pembangunan ekosistem, pembinaan kapasiti dan keupayaan, serta penciptaan nilai untuk organisasi mereka.

“Kemuncak DEA 2025 ialah Anugerah Ekonomi Digital Premier yang merupakan pengiktirafan khas untuk pencapaian terbaik dalam kalangan tujuh pemenang kategori anugerah,” menurut kenyataan itu.

SMA memaklumkan anugerah ini meraikan inovasi digital, kerjasama dan kemajuan, menyediakan platform untuk para perintis dan inovator untuk memberi inspirasi, bekerjasama dan membuka jalan bagi kemajuan pesat Sarawak dalam digital.

Kenyataan itu memaklumkan IDECS yang diterajui oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan inisiatif utama Kerajaan Sarawak untuk memacu inovasi dan kemajuan sosioekonomi.

Usaha ini termasuk penubuhan institusi utama seperti Bank Pembangunan Sarawak (DBos), SMA dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).

Edisi kelapan IDECS yang bertemakan ‘Kecerdasan Buatan dan Evolusi Hijau: Pertumbuhan, Cabaran dan Ketahanan Komuniti,’ berperanan sebagai platform dinamik dengan pemimpin global, inovator dan pihak berkepentingan berkumpul untuk meneroka potensi transformasi kecerdasan buatan (AI) dalam mempromosikan evolusi hijau.

Melalui perbincangan yang menarik dan sesi pemikiran kritis, IDECS 2025 bertujuan menggariskan hala tuju ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan, didorong oleh potensi transformasi AI.

Untuk maklumat lanjut mengenai DEA Sarawak 2025, layari https://digitaleconomyawards.com. — Bernama

Continue Reading

Previous: Shin Yang contoh pelabur bertanggungjawab – Abang Johari
Next: Pelantikan semula ke Dewan Negara: Suara Sarawak terus diperkasa di peringkat Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.