Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Wanita muat naik sijil nikah palsu kahwin kerabat raja diperintah jalani rawatan psikiatri
  • MAHKAMAH

Wanita muat naik sijil nikah palsu kahwin kerabat raja diperintah jalani rawatan psikiatri

Utusan Sarawak 1 day ago

Persana Avril Sollunda ketika hadir ke mahkamah sebelum ini. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut wanita diperintahkan menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Perak, selepas didakwa memuat naik hantaran video dan gambar sijil pernikahan palsu kononnya membabitkan beliau dengan seorang kerabat raja, pada Februari lalu.

Hakim Norma Ismail memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ravendejit Kaur mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh, Persana Avril Sollunda, 43, sebelum prosiding diteruskan.

“Mahkamah membenarkan tertuduh mendapatkan rawatan dan laporan penuh berkaitan kesihatan mentalnya selama sebulan bermula hari ini,” katanya yang turut menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan kes.

Peguam Mehgalaa Rajendran yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun “king.charles.ratu” yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat raja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat menyakiti hati orang lain pada 25 Februari lalu.

Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 26 Februari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Permohonan SPRM lucut hak wang lebih RM169 juta milik Ismail Sabri didengar 1 Oktober ini
Next: Ibu Zayn Rayyan akui tidak cari anak di kebun berhampiran rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.