Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Delta nyaris berlanggar di udara
  • GLOBAL

Pesawat Delta nyaris berlanggar di udara

Utusan Sarawak 1 day ago

WASHINGTON: Pihak penguat kuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat kes membabitkan pesawat penumpang yang terpaksa mengambil tindakan kecemasan bagi mengelak melanggar sebuah pengebom tentera udara AS.

Penerbangan Delta yang dikendalikan oleh SkyWest berlepas dari Minneapolis pada Jumaat dan sedang menghampiri bandar Minot, North Dakota, apabila juruterbangnya segera mengubah haluan selepas melihat sebuah pesawat lain muncul dari arah kanan.

“Saya tak pasti berapa laju mereka terbang, tapi jauh lebih laju daripada kami. Saya rasa paling selamat adalah membelok ke belakangnya,” kata juruterbang berkenaan kepada penumpang, menurut rakaman audio yang diperoleh.

“Maaf atas kaedah penerbangan yang agresif ini. Keadaan ini memang langsung tidak normal,” katanya.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan berkata pegawai AS sedang menyiasat kes membabitkan Penerbangan SkyWest Airlines 3788 di Lapangan Terbang Antarabangsa Minot pada Jumaat, 18 Julai.

SkyWest turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan. 

Syarikat itu berkata pesawat berkenaan telah diberi kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan tetapi melakukan pusingan semula apabila sebuah pesawat lain kelihatan dalam laluan penerbangannya, menurut laporan media AS.

Pangkalan Tentera Udara AS berhampiran Minot mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa sebuah pengebom B-52 menjalankan lintas hormat yang diluluskan pada malam Jumaat.

Ia sempena Pesta Negeri North Dakota dan kru pesawat sedang berkomunikasi dengan menara kawalan lapangan terbang komersial Minot.

“Kru B-52 telah menghubungi menara kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Minot dan menerima arahan untuk terus terbang ke arah barat selepas lintas hormat. 

“Menara tidak memaklumkan mengenai kehadiran pesawat komersial yang sedang menghampiri,” menurut kenyataan itu.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai kejadian nyaris berlanggar itu.

Bandar Minot yang terletak kira-kira 80 kilometer (km) dari sempadan Kanada, menempatkan sebuah lapangan terbang komersial serta pangkalan tentera udara AS.

Dalam sebuah rakaman video penumpang yang dimuat naik ke Instagram dan disahkan oleh agensi Storyful, juruterbang SkyWest memberitahu penumpang bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai kehadiran B-52.

Beliau berkata menara kawalan Minot, yang tidak menggunakan radar, satu keadaan biasa di lapangan terbang kecil dan terpencil di AS, memberikan panduan yang boleh membahayakan pesawat penumpang itu.

“Dia kata ‘belok kanan.’ Saya cakap ada kapal terbang di sana. Kemudian dia kata ‘belok kiri.

“Saya tak tahu kenapa mereka tak maklumkan lebih awal sebab pangkalan tentera udara ada radar, tapi tiada siapa beritahu bahawa ada B-52 yang juga di laluan sama,'” kata juruterbang berkenan.

Penumpang yang merakam video itu, Monica Green, berkata beliau berasa ‘mual dan takut’ akibat kejadian itu.

Green, yang dipetik NBC News, berkata dia merasakan pesawat membelok secara mengejut dan cuma ingat pesawat seperti dalam kedudukan senget dan hanya nampak rumput dari tingkap pesawat.

Kes ini berlaku kurang enam bulan selepas sebuah helikopter tentera AS bertembung dengan pesawat American Airlines yang sedang menghampiri Lapangan Terbang Nasional Reagan, Washington, mengorbankan kesemua 67 orang di dalam kedua-dua pesawat.

Tragedi itu mendorong pihak berkuasa Persekutuan dan Kongres untuk mengkaji semula koordinasi antara pesawat tentera dan awam yang terbang di ruang udara yang sama. – AFP

Continue Reading

Previous: 19 terbunuh jet pejuang F-7 terhempas di sekolah
Next: Hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan, angka korban meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.