Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kekal mercu tanda keamanan dan perpaduan – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak kekal mercu tanda keamanan dan perpaduan – Abang Johari

Utusan Sarawak 20 hours ago
UNTUK ALBUM…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas (empat dari kanan) bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Hari Sarawak yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi. Foto UKAS


MIRI: Sarawak mesti kekal sebagai mercu tanda keamanan, keharmonian dan perpaduan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, dunia hari ini menyaksikan pelbagai konflik dan keruntuhan dalam masyarakat apabila keharmonian kaum dan agama diabaikan.


“Banyak konflik yang berpunca daripada perbezaan yang disalah ertikan atau disalahuruskan.

“Dalam konteks ini, pemimpin agama memainkan peranan penting dalam memajukan dialog antara agama dan saling menghormati di kalangan masyarakat kita yang pelbagai.

“Mereka adalah rakan kongsi penting dalam membina masyarakat holistik dan memberi inspirasi,mendidik, dan memperjuangkan masa depan yang lebih baik.

“Pengaruh mereka adalah penting dalam membentuk kompas moral Sarawak yang pelbagai dan berkembang maju,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Hari Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.


Abang Johari turut menyatakan bahawa pemimpin agama merupakan rakan kongsi penting dalam membina masyarakat yang holistik kerana mereka memberi inspirasi, mendidik serta memperjuangkan masa depan yang lebih baik.


” Apabila kita berkumpul untuk meraikan tradisi masing-masing, kita menerima semangat keterangkuman prinsip dibawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang penting dalam membina Sarawak yang lebih baik untuk semua.

“Biarkan acara ini berdiri sebagai platform untuk nilai bersama, pengesahan semula komitmen kita untuk saling menghormati, dan batu loncatan ke arah perpaduan yang lebih mendalam dan masyarakat yang lebih holistik,” katanya.

Kira-kira 1,000 orang daripada pelbagai bangsa dan agama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis kesyukuran dimulakan dengan bacaan doa mengikut agama Tao oleh Danny Ho Pieng Hiong, diikuti bacaan doa agama Sikh oleh Gurdial Singh Pretum Singh, dan bacaan doa Kristian oleh Bishop Richard Ng.

Acara diteruskan dengan bacaan doa Hindu oleh Siva Sri Vikneswaran Gurukkal, doa Buddha oleh Venerable Shi Wei Zhi, dan diakhiri dengan bacaan doa agama Baha’i oleh Tahereh Bidanjiri.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Indonesia mulakan pembenihan awan tangani jerebu di Riau
Next: Sambutan Hari Sarawak peluang kenang jasa pemimpin terdahulu – Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.