Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya sesat dalam longkang depan rumah di Kampung Pelita
  • Utara
  • WILAYAH

Buaya sesat dalam longkang depan rumah di Kampung Pelita

Utusan Sarawak 1 day ago
MENJARING BUAYA…anggota APM bekerjasama menangkap buaya menggunakan jaring pukat.

LIMBANG: Ketakutan terhadap buaya kembali menghantui penduduk Limbang apabila seekor reptilia ganas muncul di hadapan rumah penduduk Kampung Pelita, malam tadi.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa minggu selepas insiden serangan buaya yang mengejutkan penduduk di Kampung Pendam, sekali gus menambah kebimbangan komuniti setempat terhadap keselamatan mereka.

Insiden mencemaskan itu berlaku sekitar 7.45 malam apabila seekor buaya sepanjang dua meter ditemui tersesat dalam sebuah longkang besar, berhadapan dengan rumah penduduk.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, sepasukan empat anggota diketuai Koperal (PA) Enggu Seri Pandie digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami dapati seekor buaya sedang berkeliaran berhampiran longkang besar di depan rumah penduduk. Pasukan kami segera memulakan operasi menangkap buaya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tersebut mengambil masa lebih 30 minit apabila buaya berkenaan cuba melarikan diri. Namun dengan kepakaran dan peralatan khas, reptilia itu berjaya dijerat menggunakan tali khas dan ditangkap tanpa sebarang insiden.

Operasi tamat pada 8.33 malam apabila buaya sepanjang dua meter itu akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa keluar dari kawasan perumahan.

Pihak berkuasa menggesa agar penduduk terus berwaspada dan segera melaporkan sebarang kemunculan buaya kepada pihak berkuasa tempatan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Akademi Gemalai Tari rai 13 peserta tamat kelas Ngajat
Next: BBP Bintangor periksa 17 unit pili bomba demi keselamatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.