Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Indonesia mulakan pembenihan awan tangani jerebu di Riau
  • SEMASA

Indonesia mulakan pembenihan awan tangani jerebu di Riau

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan yang sedang marak di kawasan tanah gambut di Rimba Panjang, wilayah Riau hari ini. Foto AFP

JAKARTA: Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan esok, bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di Wilayah Riau, menurut pegawai.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata operasi itu akan dijalankan sekurang-kurangnya selama tujuh hari dan boleh dilanjutkan bergantung kepada keadaan di lapangan.

“Sebuah pesawat Cessna dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Pondok Cabe di Wilayah Banten pada Ahad, dan operasi pembenihan awan akan dilakukan pada Isnin menggunakan natrium klorida (NaCl) untuk merangsang hujan di kawasan yang terjejas akibat kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Data daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan terdapat 1,208 titik panas di seluruh Sumatera setakat Ahad, termasuk 586 di Riau, dan laporan stesen penyiaran tempatan Metro TV menyatakan jerebu yang terhasil telah sampai ke beberapa bahagian di Malaysia.

BNPB turut mengerahkan sebuah helikopter Bell 206 untuk rondaan udara dan memindahkan sebuah helikopter pengebom air Mi-8MSB-T dari Palembang ke Riau.

Pasukan petugas darat turut digerakkan melibatkan pegawai bencana, anggota tentera, polis, pasukan bomba serta sukarelawan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lima kawasan rekod IPU tidak sihat
Next: Sarawak kekal mercu tanda keamanan dan perpaduan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.