Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemimpin akar umbi tulang belakang pembangunan luar bandar
  • TEMPATAN

Pemimpin akar umbi tulang belakang pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK ALBUM…(Duduk depan, dari empat kanan), Lau, Sempurai dan Romeo merakamkan kenangan bersama hadirin pada Majlis ‘Randau Pemansang’ di Rumah Benson, Nanga Tutus di Sibu semalam.

SIBU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) disifatkan sebagai tulang belakang dalam menggerakkan pembangunan di kawasan rumah panjang, khususnya di luar bandar.

Menurut Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau, peranan pemimpin akar umbi ini amat penting kerana mereka paling hampir dengan rakyat.

“Kita harus bergerak seiring dalam satu haluan dan berkhidmat dengan penuh keikhlasan,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘Randau Pemansang’ di Rumah Benson Handai, Nanga Tutus, di sini semalam.

Jelas beliau, kejayaan pelaksanaan projek pembangunan seperti pembinaan jalan konkrit dan kawasan parkir di hadapan rumah panjang tersebut adalah hasil kerjasama padu pelbagai pihak termasuk ketua masyarakat dan agensi pelaksana.

“Usaha ini bukan kerja saya seorang, tetapi hasil solidariti semua pihak termasuk Presiden SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh tentang kemajuan Sarawak dalam sektor tenaga khususnya dalam menjana 10,000 megawatt menjelang 2030 menerusi sumber tenaga mampan seperti hidro dan solar.

“Kemajuan ini hanya dapat dicapai jika kita kekalkan kestabilan politik serta perpaduan rakyat berbilang kaum,” tambahnya.


Beliau turut menyambut baik program ‘Randau Pemansang’ yang disifatkan sebagai wadah membina persefahaman antara komuniti pelbagai latar.

Dalam majlis sama, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai dalam ucapannya pula menegaskan komitmen pihaknya untuk terus menyediakan kemudahan asas termasuk pengurusan sisa pepejal dan infrastruktur.

“Jika kawasan sudah ada akses jalan raya, adalah menjadi tanggungjawab kami menyediakan kemudahan membuang sampah. Penduduk boleh memohon tong sampah secara rasmi,” katanya.

SELAMAT DATANG…(Dari kanan), Benson, Lau, Sempurai, Romeo dan Siang Wei ketika disambut meriah semasa menghadiri Majlis ‘Randau Pemansang’ di Rumah Benson, Nanga Tutus di Sibu semalam.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa kemudahan jeti dan titian kayu tidak lagi relevan di kawasan tersebut.

“MDLBS tetap memandang serius keperluan ini kerana ia masih digunakan oleh penduduk,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bawang Assan, Romeo Christopher Tegong menyeru para tuai rumah untuk memainkan peranan lebih aktif dalam menyampaikan keperluan serta permasalahan rakyat di rumah panjang.

“Kita harus amalkan politik pembangunan, bukan saling menjatuhkan. Tuai rumah adalah suara rakyat di akar umbi,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha MDLBS, Ng Siang Wei; Temenggong Stanley Gramong dan Tuai Rumah Benson.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Generasi muda Sarawak perlu hayati sejarah, warisi semangat perjuangan
Next: Tiada perebutan kuasa dalam GPS, kepimpinan negeri kekal utuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.