Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MA63 fokus utama pemerkasaan komuniti Sarawak
  • TEMPATAN

MA63 fokus utama pemerkasaan komuniti Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
BENGKEL….Datuk Sharifah Hasidah membacakan teks ucapan Timbalan Perdana Menteri, Dato Fadillah Yusof semasa majlis penutupan Bengkel Transformasi Minda MADANI di Raia Hotel, Kuching. Foto: Adele Rissa

KUCHING: Bengkel Transformasi Minda MADANI Petra Jaya yang berlangsung selama tiga hari di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia menjadi platform penting dalam memperkasakan komuniti setempat dengan semangat Malaysia MADANI.

Majlis penutupan bengkel disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang mewakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato Fadillah Yusof.

Katanya, bengkel tersebut mengetengahkan pelbagai modul termasuk pengenalan konsep Malaysia MADANI, latihan komunikasi dan pengucapan awam, panduan protokol rasmi serta taklimat berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang amat relevan bagi rakyat Sarawak.

“Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu pendekatan menyeluruh yang bersifat manusiawi dan berpaksikan musyawarah serta maklum balas rakyat dengan keutamaan terhadap keadilan dan perpaduan,” katanya hari ini.

Jelasnya, memperkasa komuniti MADANI bukan sekadar usaha kerajaan tetapi perlu didukung seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang termasuk dari sektor korporat, masyarakat setempat serta golongan muda dan veteran.

“Sarawa  dengan kekuatan kepelbagaian budayanya, berpotensi menjadi contoh terbaik masyarakat MADANI jika semua kaum berganding bahu sebagai ‘Pasukan Sarawak’,” tambahnya. 

Seramai 54 peserta daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, Samariang dan Satok telah menyertai bengkel tersebut yang berlangsung dari 18 hingga 20 Julai, yang bertujuan membentuk masyarakat progresif, bersatu padu dan berdaya saing sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Para peserta bengkel digalakkan untuk menyemarakkan sambutan peringkat komuniti dengan mengibarkan bendera Sarawak dan Jalur Gemilang serta menyertai aktiviti kejiranan.

Beliau turut menggesa setiap peserta memainkan peranan sebagai ejen perubahan, khususnya dengan membimbing belia dalam kemahiran digital dan memulakan program komuniti di kawasan masing-masing.

“Ilmu dari bengkel ini hanya bermakna jika diterjemah kepada tindakan. Jadikan Tupong, Samariang dan Satok sebagai contoh komuniti MADANI yang unggul,” tegasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak dan komuniti setempat atas sokongan padu menjayakan program ini dan berharap Petra Jaya akan menjadi model komuniti MADANI yang boleh dicontohi di seluruh negara.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Agro Spaoh 2025 sasar lebih 10,000 pengunjung
Next: Karnival Usahawan dan Bakat Sarawak, peluang emas usahawan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.