Buaya kerap berkeliaran, masuk perangkap SFC di Sungai Nyelong

Facebook
WhatsApp
 BUAYA.…Buaya yang sering kelihatan di tebingan Sungai Nyelong berjaya ditangkap, hari ini. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Seekor buaya yang sering kelihatan berkeliaran di sekitar tebingan Sungai Nyelong di sini, berjaya terperangkap oleh pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 12.00 tengah hari. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Hilary Pitre Ambit bergegas ke lokasi di pangkalan feri lama, Sungai Nyelong. 

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seekor buaya dalam sangkar perangkap, oleh pihak SFC” katanya ketika dihubungi. 

DIPINDAHKAN…..Sekitar operasi pemindahan buaya dalam sangkar perangkap SFC ke darat. Foto BBP Sarikei

Katanya, pasukan bomba bertindak membantu SFC untuk memindah sangkar bersama buaya dari permukaan air ke atas darat. 

“Operasi memindahkan buaya dalam sangkar ke darat selesai dalam tempoh 46 minit. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada 12.50 tengah hari,” katanya 

Turut berada di lokasi adalah pihak SFC dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei. 

Oleh Earl Anek