Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peningkatan diri dan inklusiviti jadi fokus utama dalam cabaran masa kini
  • Tengah
  • WILAYAH

Peningkatan diri dan inklusiviti jadi fokus utama dalam cabaran masa kini

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK KENANGAN….Izkandar (tengah), Kiing (lima kanan), Ling (tiga kanan) merakam kenangan bersama para peserta kem motivasi bertemakan ‘Inklusif dan Peningkatan Diri’, semalam.

SIBU: Pendekatan peningkatan diri sebagai satu cara hidup dan cara berfikir mampu mendorong individu menjadi lebih baik, berdaya tahan dan berilmu, kata Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Beliau berkata, usaha ke arah pertumbuhan diri bukan sahaja membawa manfaat peribadi tetapi turut memberi inspirasi kepada keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling.

“Daripada berkata ‘saya tak boleh buat’, ubahlah kepada ‘saya belum boleh buat’. Pertumbuhan memerlukan usaha, tetapi ia membuka peluang bukan hanya untuk diri sendiri, malah untuk orang lain,” katanya ketika merasmikan Kem Motivasi bertemakan Inklusif dan Peningkatan Diri di Perpustakaan Awam Sibu, semalam.

Menurut beliau, tema kem tersebut sangat bertepatan dengan cabaran masa kini dan kekal relevan dalam kehidupan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, latar belakang mahupun profesion.

“Kita hidup dalam dunia yang sentiasa berubah dan dalam konteks ini, dua perkara penting yang menentukan sejauh mana kita boleh pergi ialah inklusiviti dan peningkatan diri.”

Beliau turut menekankan bahawa inklusiviti bukan sekadar menerima perbezaan, malah mencipta ruang di mana setiap suara diberi perhatian dan tiada siapa yang disisihkan.

“Inklusiviti ialah asas kepada perpaduan dan pembentukan komuniti yang kuat. Ia membuka ruang kepada kepelbagaian yang menjadi pemacu kepada inovasi dan kemajuan,” jelasnya.

Turut hadir, Pengerusi Pasukan Petugas Khas Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) Sibu, Kaunselor Kiing Teck Ho dan Penyelaras Majlis Kanak-Kanak Sibu, Linda Ling.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 40 anggota APM Saratok sertai latihan intensif
Next: PGA Sarawak terima mesin AED tangani kes serangan jantung anggota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.