Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Meradong cadang naik taraf jambatan dan jalan SK Tulai
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Meradong cadang naik taraf jambatan dan jalan SK Tulai

Utusan Sarawak 9 hours ago
TINJAU….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menjalankan tinjauan di jambatan menuju ke SK Tulai dan Rumah Sandom.

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menjalankan lawatan dan tinjauan di jambatan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tulai dan Rumah Sandom di Sungai Tulai, baru-baru ini.

Semasa lawatan, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Guru Besar SK Tulai, Stanley Nyalin, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei, Regina Francis dan enam orang tuai rumah di Tulai berkenaan jambatan tersebut.

Katanya, selepas tinjauan tersebut, jambatan berkenaan perlu dibina semula supaya ia akan lebih selamat digunakan oleh penduduk 38 pintu Rumah Sandom, 62 murid dan 16 warga pendidik SK Tulai.

Beliau turut meninjau jalan papan SK Tulai kerana ia sudah usang dan perlu dinaik taraf menjadi jalan simen agar keselamatan warga SK Tulai menjalankan aktiviti harian persekolahan lebih terjamin.

“Saya akan memohon projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 untuk membina semula jambatan tersebut dan menyimen semula permukaan jalan papan SK Tulai,” katanya kepada media.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: APM Lubok Antu perkasa kesiapsiagaan anggota melalui latihan bulanan
Next: Huang komited perkasa luar bandar, dua projek jalan siap di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.