Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Robert.T 1994 Optical agih cermin mata percuma kepada golongan B40 di Bintulu
  • WILAYAH

Robert.T 1994 Optical agih cermin mata percuma kepada golongan B40 di Bintulu

Utusan Sarawak 1 day ago
ROBERT Tang bersama kakitangan Robert.T Optical bergambar di hadapan premis mereka di Bintulu sempena program CSR pemberian kaca mata percuma kepada golongan B40. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Sebanyak 1,000 cermin mata percuma diagihkan kepada golongan B40 menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Robert.T 1994 Optical yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 Julai di Times Square Mall.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk menyumbangkan sebanyak 4,000 cermin mata kepada rakyat Malaysia yang memerlukan sepanjang tahun ini.

Pengarah Robert.T 1994 Optical, Robert Tang Guo Sun berkata, Bintulu menjadi lokasi pertama bagi program tahun ini sebelum diteruskan ke Batu Kawa dan Kota Samarahan, Kuching sekitar Ogos atau September dan seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah.

“Melalui program ini, kami mahu bantu mereka yang tidak mampu membeli cermin mata asas. 

“Ramai orang masih hidup dalam keadaan penglihatan yang kabur kerana kekangan kewangan,” katanya ketika ditemui media pada program berkenaan hari ini.

ORANG ramai hadir ke Times Square Bintulu hari ini bagi mendapatkan cermin mata percuma. Foto: Carolyne Utih

Tambah beliau, agihan yang diberikan bukan sekadar bantuan penglihatan tetapi satu usaha untuk membuka peluang kepada penerima melihat dunia dengan lebih jelas dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

“Dalam era digital masa kini, penggunaan telefon, komputer dan televisyen amat mempengaruhi kesihatan mata. Cermin mata bukan lagi satu kehendak tetapi satu keperluan,” katanya.

Program CSR tersebut kepada warganegara Malaysia daripada kategori B40 dan ia tertakluk kepada had kuasa tertentu iaitu SPH -4.00 ke bawah dan CYL -2.00 ke bawah.

Menurut Robert, inisiatif seumpama itu pertama kali dilaksanakan di Sabah tahun lalu dan telah menerima sambutan yang amat menggalakkan termasuk dari penduduk kampung dan pelajar sekolah.

“Kami berharap dapat membawa program ini ke lebih banyak kawasan luar bandar pada masa hadapan. 

“Visi kami adalah untuk menyebarkan senyuman dan memperkasa komuniti melalui penglihatan yang jelas,” ujarnya.

Beliau turut mengajak orang ramai yang layak untuk hadir sebelum program berakhir esok.

“Masih ada baki cermin mata untuk diagihkan. Kepada mereka yang belum menerima, anda dialu-alukan datang ke cawangan kami di Times Square. Jangan lepaskan peluang ini,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Ujud Kelka meriah, acara panjat tiang dan pukul bantal jadi tarikan
Next: Ahli Parlimen Miri salur RM90,000 kepada tiga rumah ibadat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.