Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Bahasa Mandarin miliki nilai global, SJK Cina perlu diperkasa
  • PENDIDIKAN

Bahasa Mandarin miliki nilai global, SJK Cina perlu diperkasa

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Mong Dagang hadir pada Majlis Merarau SJK Chung Hua Bangkong, Pantu, sempena sambutan Hari Sarawak di Dewan Datuk Mong, Gua, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Bukit Begunan

PANTU: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara, setaraf dengan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Mubaligh yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata keunikan SJK Cina adalah penekanan terhadap Bahasa Mandarin, yang merupakan salah satu bahasa utama dalam dunia perniagaan antarabangsa.

Justeru, beliau menggesa ibu bapa serta penjaga agar tidak bimbang menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina.

“Selain menghantar anak ke sekolah, ibu bapa juga perlu memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam pelbagai aspek.

“Ini kerana jika sekolah tidak mempunyai murid, sekolah tersebut berisiko ditutup,” katanya ketika berucap pada Majlis Merarau Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bangkong, Pantu, sempena sambutan Hari Sarawak di Dewan Datuk Mong, Gua, hari ini.

Datuk Mong turut menegaskan bahawa semua sekolah, tanpa mengira aliran, layak menerima bantuan dan peruntukan yang sama daripada kerajaan, namun menasihatkan agar pihak sekolah lebih proaktif mengemukakan permohonan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan sewajarnya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh kepentingan Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun, bagi memperingati tarikh Sarawak memulakan pemerintahan sendiri daripada British sebelum menyertai Malaysia pada 16 September 1963.

Menurut beliau, sejarah Sarawak masih kurang diketengahkan dalam pendidikan arus perdana, menyebabkan ramai generasi muda termasuk di Semenanjung Malaysia tidak mengetahui kisah autonomi negeri ini termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hew Nyuk Liong berkata, pihak sekolah telah memanfaatkan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Datuk Mong untuk membiayai 26 aktiviti pendidikan di peringkat sekolah, daerah, bahagian dan negeri sehingga Julai 2025.

Pada majlis tersebut, PIBG turut mengemukakan permohonan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kepada ADUN Bukit Begunan bagi kerja baik pulih bangunan sekolah serta membina sistem bekalan air graviti atau tong penyimpanan air berkapasiti tinggi untuk kegunaan sekolah.

Sebagai respon, Datuk Mong mengumumkan tambahan geran MRP sebanyak RM10,000 dan peruntukan RTP berjumlah RM100,000 untuk 2026 bagi membaik pulih infrastruktur sekolah, termasuk atap, siling, dan sistem bekalan air bersih.

Majlis turut dihadiri Guru Besar SJK Chung Hua Bangkong Jee Chen Fui, YDP PIBG Hew Nyuk Liong, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Chong Siew Khin, Pegawai JKR Bahagian Sri Aman Fatihi, Penghulu Lee Thong Sen, Penghulu Menjang Niah serta warga sekolah dan ibu bapa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pacu pencapaian holistik murid SMK Lingga   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.