Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran hutan musnahkan 46 hektar di Sumatera Utara dan Sumatera Barat
  • GLOBAL

Kebakaran hutan musnahkan 46 hektar di Sumatera Utara dan Sumatera Barat

Utusan Sarawak 1 day ago


JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan dua insiden kebakaran hutan dan tanah berasingan di Sumatera Utara dan Sumatera Barat yang memusnahkan kawasan seluas 46 hektar secara keseluruhan.

Di Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara, beberapa titik panas dikesan pada pagi Khamis di daerah Girsang Sipangan Bolon dan Pematang Sidamanik, menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

“Badan Pengurusan Bencana Daerah Simalungun segera berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca daripada cuaca kering dan angin kencang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga Jumaat, sekurang-kurangnya 25 hektar tanah telah terbakar sebelum kebakaran berjaya dikawal dengan bantuan unit kawalan kebakaran hutan dan tanah khas Indonesia, Manggala Agni, pasukan bomba tempatan serta sukarelawan komuniti.

Di Sumatera Barat, kebakaran berasingan berlaku pada petang Jumaat di Nagari Padang Ganting dan Nagari Pagaruyung, Kabupaten Tanah Datar, namun berjaya dipadamkan pada hari sama.

“Kira-kira 11 hektar tanah terjejas di Padang Ganting dan 10 hektar lagi di Pagaruyung,” kata Abdul Muhari.

Dengan sebahagian besar wilayah Indonesia kini memasuki musim kemarau, BNPB menggesa kerajaan-kerajaan wilayah untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko kebakaran hutan dan tanah.

Pihak berkuasa turut dinasihatkan memperkukuh langkah-langkah mitigasi, termasuk rondaan bersama dan pemadaman awal titik panas, terutamanya di kawasan berisiko tinggi, tambah Abdul Muhari.– Bernama

Continue Reading

Previous: Korea Selatan: Hujan lebat masuk hari keempat, lebih 7,000 dipindahkan
Next: 16 rumah rosak dalam gempa bumi di Jawa Timur, tiada kemalangan jiwa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.