Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Selatan: Hujan lebat masuk hari keempat, lebih 7,000 dipindahkan
  • GLOBAL

Korea Selatan: Hujan lebat masuk hari keempat, lebih 7,000 dipindahkan

Utusan Sarawak 1 day ago

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan sebuah kampung yang dibanjiri hujan lebat di Yesan pada 17 Julai 2025. Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan lebih 1,000 dipindahkan pada 17 Julai, selepas Korea Selatan dilanda hujan lebat, kata pegawai, dengan satu wilayah dilanda hujan paling banyak sejam sejak rekod penuh bermula. Foto FP


SEOUL:  Hujan lebat terus melanda Korea Selatan untuk hari keempat berturut-turut pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan memaksa lebih 7,000 penduduk berpindah dari kediaman mereka, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa sehingga 250 milimeter lagi hujan dijangka turun hari ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku lebih banyak kerosakan dan kemalangan jiwa.

Setakat 6.00 pagi, Ibu Pejabat Pusat Pencegahan Bencana dan Keselamatan melaporkan empat kematian, termasuk dua di Seosan, Wilayah Chungcheong Selatan dan dua orang dilaporkan hilang di Gwangju.

Arahan pemindahan telah dikeluarkan kepada 7,029 penduduk daripada 4,995 isi rumah, dengan lebih 2,800 orang masih belum dapat pulang ke rumah.

Hujan lebat itu menyebabkan jalan raya dinaiki air, tanah runtuh dan rumah penduduk dilanda banjir di seluruh negara.

Hujan sepanjang malam kekal pada tahap ekstrem di kebanyakan wilayah.

Sebanyak 729 kes kerosakan infrastruktur awam telah dilaporkan, termasuk 388 jalan raya dinaiki air, 133 kejadian tanah runtuh dan kemudahan di sepanjang sungai runtuh.

Kerosakan harta benda persendirian pula mencecah 1,014 kes, termasuk 64 bangunan yang dinaiki air dan 59 kawasan pertanian yang  ditenggelami air. — Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Nepal larang aplikasi telegram
Next: Kebakaran hutan musnahkan 46 hektar di Sumatera Utara dan Sumatera Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.