Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Futsal Piala Kasut Emas Ogos ini
  • SUKAN

Kejohanan Futsal Piala Kasut Emas Ogos ini

Utusan Sarawak 1 day ago
KEJOHANAN Futsal Tertutup Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato’ Sri Doris Sophia Brodie. Foto Pusat Khidmat Raykat P.202 Sri Aman

SIMANGGANG: Kejohanan Futsal Tertutup Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato’ Sri Doris Sophia Brodie bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos depan di Gelanggang Futsal RPR Taman Sentosa Indah, Sri Aman. 

Kejohanan ini terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di kawasan Parlimen P202 Sri Aman.

Hadiah wang tunai menarik turut ditawarkan kepada pasukan yang berjaya mengungguli kejohanan. Juara bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,200 berserta piala dan pingat, manakala naib juara akan menerima RM1,700. 

Bagi tempat ketiga dan keempat pula, masing-masing akan memenangi RM900 berserta piala dan pingat.

Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ditetapkan sebanyak RM150 dan bayaran tidak akan dikembalikan selepas pendaftaran. 

Pihak penganjur menetapkan tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Ogos 2025 dan sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.

Peserta yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut dengan menghubungi pihak penganjur menerusi talian 014-8812606 (GB Kanang Impin) atau 017-8210480 (Pusat Khidmat P202 Sri Aman – Matt). 

Segala maklumat berkaitan syarat penyertaan dan format kejohanan boleh diperoleh daripada pihak penganjur.

Doris dalam kenyataan ringkas menggesa penduduk di kawasan Parlimen Sri Aman khususnya golongan belia agar mengambil peluang untuk menyertai kejohanan ini bukan sahaja untuk bersaing secara sihat, malah turut menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, pasukan Delisya FT merupakan pasukan pertama bagi kategori lelaki yang menjuarai kejohanan yang julung kalinya dianjurkan pada tahun 2023 lalu selepas menewaskan pencabar utama mereka, Kampung Boy FC dengan jaringan 4-2.

Sementara itu, bagi kategori wanita pula, pasukan Pusat Khidmat P.202 Sri Aman muncul juara selepas menundukkan pasukan Infinity 2-0.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Jepun 2025: Pearly-Thinaah tundukkan Matsuyama-Shida, mara ke pentas akhir
Next: Kejohanan Olahraga SMK Marudi platform cungkil bakat pelapis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.