Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tingkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri, persekitaran
  • PENDIDIKAN

Tingkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri, persekitaran

Utusan Sarawak 23 hours ago
UNTUK ALBUM… DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah bergambar bersama yang lain pada Program Kesedaran Keselamatan Komersil di Dewan Lajak Entimau SMK Julau No.2, semalam. Foto IPD Julau

JULAU: Program Kesedaran Keselamatan Komersil yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 semalam bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan diri dan persekitaran dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, berkata program ini dilaksanakan bagi mendidik para guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa agar lebih peka terhadap trend penipuan semasa serta langkah pencegahan apabila berdepan panggilan atau mesej daripada pihak tidak dikenali, khususnya ‘scammer’.

“Ia turut mengetengahkan langkah praktikal bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pelbagai bentuk penipuan dalam talian, selain meningkatkan keselamatan diri dan persekitaran,” jelasnya.

TAKLIMAT… Taklimat kesedaran keselamatan komersil yang dijalankan di SMK No.2. Foto IPD Julau

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program tersebut yang melibatkan pelajar tingkatan tiga dan empat di Dewan Lajak Entimau, SMK Julau No.2.

Antara pengisian utama program ialah taklimat keselamatan komersil yang disampaikan oleh pegawai polis dan wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari Sibu.

Taklimat tersebut menyentuh pelbagai corak penipuan dalam talian, kaedah pencegahan serta aspek undang-undang yang boleh diambil jika menjadi mangsa.

DSP Alif Haiqal turut menggalakkan para peserta agar mengambil peluang bertanyakan soalan kepada penceramah bagi memahami dengan lebih jelas isu keselamatan siber yang dibincangkan.

“Maklumat yang diperoleh daripada program ini, termasuk risalah dan penjelasan lisan, perlu disebarkan kepada ahli keluarga, penduduk rumah panjang dan komuniti setempat demi keselamatan dan kesejahteraan bersama,” tambah beliau.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program Integrasi Kesedaran Keselamatan Belia bantu pelajar kenal risiko jenayah
Next: Pacu pencapaian holistik murid SMK Lingga   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.