Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mayat lelaki ditemui di stor Kampung Datu
  • JENAYAH

Mayat lelaki ditemui di stor Kampung Datu

Utusan Sarawak 1 day ago
MAYAT mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat. Foto PDRM Sibu

SIBU: Mayat seorang lelaki Melayu berusia 51 tahun ditemukan di sebuah stor utiliti di bangunan baharu Kampung Datu, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata pihak polis menerima laporan pada kira-kira jam 4.20 petang daripada orang awam yang menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam ruang stor tersebut pada hari yang sama.

Katanya, sepasukan anggota polis telah dihantar ke lokasi kejadian bersama pasukan perubatan dari Hospital Sibu. 

“Hasil pemeriksaan awal oleh pihak perubatan mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya menerusi siaran media.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal terhadap tubuh mangsa mendapati tiada kesan kecederaan luar dan tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Mayat telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sibu untuk tujuan bedah siasat bagi menentukan punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menghormati privasi keluarga mangsa. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta untuk menyalurkannya kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rasuah projek pembinaan pusat data: Suspek utama bakar wang hampir RM1 juta – SPRM
Next: 24 saman dikeluarkan, 6 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.