Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Betong tekankan integriti profesionalisme, komitmen
  • WILAYAH

IPD Betong tekankan integriti profesionalisme, komitmen

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 kepada anggota IPD Betong yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun lalu. Foto IPD Betong

BETONG: Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Betong bagi bulan Julai telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong.

Perhimpunan tersebut dihadiri seramai 79 warga IPD Betong yang terdiri daripada sembilan pegawai kanan polis, 51 pegawai rendah polis dan 18 pegawai awam.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Rejali Angong dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga IPD Betong atas usaha gigih dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Setiap warga IPD Betong memainkan peranan penting dalam memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Kita harus kekalkan sikap telus dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan mempertingkatkan rondaan, memperkukuh kerjasama bersama komuniti serta bertindak pantas dan berkesan dalam menangani setiap aduan masyarakat.

“Nilai integriti, profesionalisme dan keadilan perlu menjadi asas dalam setiap tindakan kita bagi memastikan masyarakat terus percaya dan yakin dengan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tegasnya.

PERHIMPUNAN Bulanan Ketua Polis Daerah Betong bagi bulan Julai di Dewan Serbaguna IPD Betong, pagi tadi. Foto IPD Betong

Beliau turut mengingatkan bahawa perkhidmatan kepolisan bukan sekadar menjalankan penguatkuasaan undang-undang tetapi juga berperanan sebagai ejen perpaduan dan pelindung kepada masyarakat.

Beliau menggesa semua warga IPD Betong untuk terus memelihara hubungan baik dengan komuniti pelbagai kaum dan agama, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan nilai hormat, ihsan dan keterangkuman.

“Warga IPD Betong perlu sentiasa mengekalkan tahap disiplin dan integriti yang tinggi serta melaksanakan tugas dengan penuh komitmen, kejujuran, amanah dan keikhlasan,” tambah beliau.

Perhimpunan turut diserikan dengan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 kepada anggota IPD Betong yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun lalu.

Oleh Adi Safarman   

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong sumbang RM8,000 kepada Kelab Tarik Tali Trass Merah
Next: 320 pemilik rumah Rejang Park terima pampasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.