Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat DUBS
  • TEMPATAN

Premier Sarawak terima kunjungan hormat DUBS

Utusan Sarawak 22 hours ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Delegasi DUBS telah diketuai oleh Presidennya, Datu Abang Halmi Ikhwan bersama Timbalan Presiden Cr Halim Mohamad, Naib-naib Presiden Roselyn Long Lah dan Dr Sulaiman Sahari serta ahli-ahli majlis eksekutif tinggi DUBS.

Menurut Abang Halmi, kehadiran delegasi DUBS bagi memberi taklimat mengenai kemajuan mengendalikan projek-projek serta jentera yang ditaja kerajaan Sarawak.

“Setakat ini, kami telah memberikan beliau perkembangan terkini mengenai projek-projek tersebut. Premier Sarawak sememangnya sangat prihatin terhadap masyarakat usahawan bumiputera dan banyak membantu kami dalam pelbagai perkara,” katanya.

PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto UKAS

Jelasnya, kerajaan telah banyak menyalurkan bantuan kepada DUBS khususnya dalam melaksanakan program latihan kepada usahawan bumiputera.

Tambah beliau, rakyat yang ingin menceburi bidang keusahawanan turut dibantu melalui sumbangan kewangan daripada kerajaan.

Selain itu, kunjungan tersebut bagi memberitahu kemajuan bangunan baharu DUBS di Jalan Ong Tiang Swee kepada Premier Sarawak.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DAPSY Sarawak urges MPP to focus on serving the people, not political lines
Next: Taklimat penyeragaman, penggunaan sticker OKU kukuhkan sinergi rentas agensi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.