Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tekankan integriti kerjasama, kesiapsiagaan teknologi
  • Tengah
  • WILAYAH

Tekankan integriti kerjasama, kesiapsiagaan teknologi

Utusan Sarawak 23 hours ago
PERHIMPUNAN Bulanan Ketua Polis Daerah Sri Aman telah berlangsung di Padang Kawad IPD Sri Aman, pagi tadi. Foto IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Sri Aman telah berlangsung di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, pagi tadi.

Majlis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam itu telah menyaksikan penyampaian amanat penting kepada seluruh warga IPD Sri Aman. 

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan kerjasama mantap melibatkan semua lapisan warga Polis dan Pegawai Awam dalam memastikan kelancaran tugas dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Dennis turut mengingatkan warga IPD Sri Aman agar sentiasa mengamalkan integriti yang tinggi sama ada ketika menjalankan tugas di lapangan mahupun di pejabat. 

Beliau turut menekankan keperluan untuk bersiap siaga menghadapi cabaran era moden, khususnya berkaitan perkembangan pesat teknologi yang memberi impak langsung kepada bidang kepolisan.

“Fokus utama kita adalah untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat, dengan penuh komitmen dan profesionalisme,” katanya.

Perhimpunan itu turut diserikan dengan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 sebagai penghargaan kepada anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang. Dennis menyampaikan sijil kepada seorang Pegawai Kanan Polis, 14 Pegawai Rendah Polis lain-lain pangkat dan tiga Pegawai Awam IPD Sri Aman.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah atas dedikasi serta sumbangan mereka dalam memperkukuh imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Neil Beginda; Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Balai Polis serta seluruh warga IPD Sri Aman yang bersama-sama memeriahkan perhimpunan bulanan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keselamatan dipertingkat, 30 CCTV dipasang di Wad Psikiatri Hospital Sibu
Next: Muddy water woes at Green Road not solve for over a month, says Wong King Yii

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.