Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan tulang belakang utama usaha bangunkan bakat tempatan
  • PENDIDIKAN

Pendidikan tulang belakang utama usaha bangunkan bakat tempatan

Utusan Sarawak 24 hours ago
MAJLIS Perasmian Program Kecemerlangan Calon SPM SMK Simanggang 2025 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pendidikan merupakan tulang belakang utama dalam usaha membangunkan bakat tempatan sekali gus melahirkan generasi muda yang mampu menyumbang kepada kemajuan negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata Sarawak amat memerlukan generasi muda yang berdaya saing, kreatif dan berwawasan untuk mendepani cabaran dunia masa kini.

“Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) sentiasa menyokong penuh inisiatif sekolah-sekolah dalam menyediakan platform tambahan bagi membantu pelajar mengukuhkan persediaan mereka khususnya menjelang peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang 2025 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman.

Teks ucapan Harden telah dibacakan Pegawai Tadbir Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Philip Foster Hollis.

MAJLIS Perasmian Program Kecemerlangan Calon SPM SMK Simanggang 2025 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menegaskan, program seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik, malah dapat menyuntik semangat keyakinan diri dalam kalangan generasi muda.

“Harapan saya agar program ini dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar buat sekolah dan para pelajar,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, kerajaan negeri komited untuk terus memperkasa sektor pendidikan demi menjamin masa depan yang cerah kepada anak-anak Sarawak.

Turut hadir Pengetua SMK Simanggang, Jaya Salleh, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Nancy Nosiew, guru-guru SMK Simanggang serta 150 orang calon SPM SMK Simanggang.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Terima kasih Cikgu Anita, jasamu dikenang baktimu kekal abadi
Next: Projek naik taraf gelanggang bola keranjang SMK Lingga siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.