Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek rumah bandar Jalan Deshon diisytihar projek sakit serius di Sibu
  • WILAYAH

Projek rumah bandar Jalan Deshon diisytihar projek sakit serius di Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
TIANG…. Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kerajaan Awam, Datuk Michael Tiang melawat tapak projek perumahan rumah bandar atau ‘townhouse’ di Jalan Deshon, hari ini. Foto: Akun Giman

SIBU: Projek perumahan rumah bandar atau ‘townhouse’ di Jalan Deshon yang bermula sejak 2012 telah disahkan sebagai salah satu projek sakit paling serius di Sibu.

Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kerajaan Awam, Datuk Michael Tiang berkata projek perumahan berkenaan melibatkan sebanyak 80 unit rumah bandar dan sepatutnya siap pada 2015.

“Namun selepas lebih 10 tahun, projek itu masih belum disiapkan dan hanya mencapai 70 peratus kemajuan pembinaan.

“Ini adalah antara projek yang paling serius di Sibu kerana tiada sebarang kemajuan ketara sejak sekian lama. Pemaju juga telah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Sibu pada 2022,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek tersebut, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu memberitahu, sebelum ini projek tersebut dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju, namun kelewatan berpanjangan telah menyebabkan para pembeli mengambil tindakan undang-undang. 

“Syarikat pemaju kini berada di bawah pelikuidasi, dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia turut terlibat dalam pengurusan aset syarikat,” kata beliau.

Tegasnya, kementeriannya kini dalam proses untuk mengisytiharkan projek ini sebagai projek terbengkalai mengikut peruntukan di bawah Ordinan Kawalan dan Pelesenan Pemajuan Perumahan 2013.

“Kita jangka pengisytiharan akan dibuat selewat-lewatnya bulan hadapan, setelah mendapat pengesahan rasmi Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

“Ini adalah langkah pertama yang boleh kita ambil bagi mengurangkan beban kewangan pembeli. Selepas itu, kita akan berbincang dengan pemilik tanah untuk mencari jalan bagi memulihkan dan meneruskan projek ini,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa lagi projek perumahan lain di Sarawak yang berada dalam kategori sakit dan dipantau rapi oleh kementerian.

“Kita akan terus turun padang dan mengenal pasti projek-projek terbengkalai terutama apabila pemaju sudah hilang keupayaan untuk meneruskannya,” katanya lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPKS anjur Program Saringan Kesihatan dan Taklimat Pemakanan Sihat
Next: Keselamatan dipertingkat, 30 CCTV dipasang di Wad Psikiatri Hospital Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.