Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPKS anjur Program Saringan Kesihatan dan Taklimat Pemakanan Sihat
  • Selatan
  • WILAYAH

MPKS anjur Program Saringan Kesihatan dan Taklimat Pemakanan Sihat

Utusan Sarawak 1 day ago
CONSTANCE Geoffrey dan warga kerja MPKS merakam gambar kenanangan bersama pada Program Saringan Kesihatan dan Taklimat Amalan Pemakanan Sihat bertempat di Bilik Latihan MPKS, hari ini. Foto Facebook MPKS

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha memupuk budaya kerja yang sihat dan produktif, Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah menganjurkan Program Saringan Kesihatan dan Taklimat Amalan Pemakanan Sihat bertempat di Bilik Latihan MPKS hari ini.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu melibatkan penyertaan penuh kakitangan MPKS dan mendapat kerjasama erat daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

Program turut diserikan dengan sesi taklimat khas oleh Constance Geoffrey, Pegawai Sains Pemakanan dari Klinik Kesihatan Asajaya, yang berkongsi panduan praktikal mengenai amalan pemakanan seimbang, serta pentingnya kesedaran terhadap kesihatan diri.

Selain itu, sesi saringan kesihatan turut dijalankan bagi mengesan awal sebarang risiko kesihatan dalam kalangan warga kerja, sekali gus mendorong intervensi awal demi kesejahteraan jangka panjang.

Menurut penganjur, program ini merupakan antara inisiatif berterusan MPKS dalam menyemai gaya hidup sihat dalam persekitaran kerja, selaras dengan komitmen ke arah perkhidmatan awam yang lebih cergas, bertenaga dan efisien.

“Kesihatan yang baik bermula dari tempat kerja,” ujar seorang peserta sambil menyatakan penghargaan atas penganjuran program seumpama ini yang memberi manfaat secara langsung kepada kesejahteraan fizikal dan mental para kakitangan.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: MBKS terima tajaan RM45,000 daripada Magnum untuk Festival Makanan 2025
Next: Projek rumah bandar Jalan Deshon diisytihar projek sakit serius di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.