Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Perdagangan Malaysia meningkat kepada RM1.465 trilion, separuh pertama 2025
  • BISNES

Perdagangan Malaysia meningkat kepada RM1.465 trilion, separuh pertama 2025

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2025, meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata eksport meningkat 3.8 peratus kepada RM760.2 bilion dan import melonjak kepada 5.9 peratus kepada RM704.67 bilion, manakala lebihan dagangan berjumlah RM55.53 bilion.

“Prestasi perdagangan pada Jun 2025, bagaimanapun, mencatatkan penurunan kecil 1.2 peratus kepada RM234.85 bilion berbanding Jun 2024.

“Eksport menyusut 3.5 peratus kepada RM121.72 bilion, manakala import meningkat 1.2 peratus kepada RM113.13 bilion,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Niaga hadapan FBM KLCI dijangka didagangkan dalam julat kecil minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.