Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DBKU, PDRM Sarawak perkukuh kerjasama tingkat keselamatan bandar raya
  • Selatan
  • WILAYAH

DBKU, PDRM Sarawak perkukuh kerjasama tingkat keselamatan bandar raya

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGARAH Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Ramzi Abdillah (duduk, tengah) menerima kunjungan hormat Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Saifullizan Ishak di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol hari ini. Foto DBKU

KUCHING: Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Ramzi Abdillah menerima kunjungan hormat Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Saifullizan Ishak di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dan DBKU, khususnya dalam aspek keselamatan, penguatkuasaan serta pembangunan komuniti setempat.

Pertemuan itu turut membuka ruang perbincangan berkaitan pelaksanaan inisiatif bersama demi memastikan persekitaran bandar Kuching Utara yang lebih selamat dan kondusif.

Dalam sesi lawatan berkenaan, pihak PDRM turut diberi taklimat mengenai pelaksanaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik sekitar Kuching Utara, merangkumi 17 tiang yang dilengkapi 64 unit CCTV yang mula beroperasi secara berperingkat sejak 30 Jun lalu.

Sistem pemantauan ini dilaksanakan sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan awam, pemantauan trafik dan menyokong tugas penguatkuasaan serta siasatan jenayah.

DBKU dan PDRM kekal komited menjalinkan kerjasama berterusan melalui pertukaran maklumat serta pelaksanaan operasi bersepadu demi kesejahteraan warga bandar raya ini.

Turut hadir, Timbalan-timbalan Pengarah DBKU serta pegawai Jabatan Pengurusan Kontinjen PDRM Sarawak.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Ibu bapa dinasihat pantau gajet anak, elak pengaruh negatif
Next: Fasa pertama projek perumahan Lorong Salim 28 dijangka siap Ogos ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.