Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan baharu Nanga Pakoh–Ulu Bunau jadi pemangkin pembangunan DUN Tamin
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan baharu Nanga Pakoh–Ulu Bunau jadi pemangkin pembangunan DUN Tamin

Utusan Sarawak 1 day ago

LAWATAN tapak projek melibatkan wakil MiRRDA, JKR Sibu serta pegawai Pusat Khidmat DUN N.59 Tamin mewakili Christopher Gira Sambang baru-baru ini. (Facebook DUN N.59 Tamin)

SELANGAU: Projek pembinaan jalan baharu sepanjang 16 kilometer dari Nanga Pakoh ke Ulu Bunau Bekikik dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan mobiliti serta meransang pembangunan ekonomi luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin.

Projek yang bakal dibina mengikut spesifikasi R1 dengan turapan sepenuhnya itu merupakan inisiatif Lembaga Pembangunan Luar Bandar Wilayah Tengah (MiRRDA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), yang bertindak sebagai agensi teknikal pelaksana.

Lawatan tapak bagi meninjau jajaran cadangan projek tersebut telah diadakan baru-baru ini, melibatkan wakil MiRRDA, JKR Sibu serta pegawai Pusat Khidmat DUN N.59 Tamin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

Menurut Gira, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan luar bandar secara sistematik yang dirancang kerajaan negeri, bagi merapatkan jurang infrastruktur antara kawasan bandar dan pedalaman.

“Projek ini bukan sekadar pembinaan jalan, tetapi satu pelaburan strategik untuk masa depan penduduk luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, laluan itu dijangka bukan sahaja menghubungkan Nanga Pakoh, Ulu Pakoh dan Ulu Bunau, tetapi juga menjadi penghubung penting antara dua penempatan utama di bawah RASCOM, iaitu Skim Sekuau di Oya dan Tada di Kanowit.

Tambahnya, projek ini melibatkan kawasan di bawah dua Parlimen iaitu Kanowit dan Selangau, dan bakal membuka akses kepada kemudahan pendidikan, kesihatan serta peluang ekonomi yang lebih baik.

“Ia juga akan mengurangkan kebergantungan terhadap pengangkutan sungai yang tidak menentu, sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat rumah panjang di sepanjang laluan tersebut,” katanya.

Lawatan tapak itu turut meneliti aspek teknikal seperti topografi, cerun, saliran dan laluan sedia ada sebelum reka bentuk dimuktamadkan oleh pihak berwajib.

Turut hadir wakil MiRRDA, Anthony Lidom, Khairul Hamizan Ibrahim dan Anthanasius Lidum; Penghulu Bansa serta Kaunselor Nyireng Saleh dan Kaunselor Ajan Dau dari Pusat Khidmat ADUN Tamin.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang akibat ribut halang jalan depan Hospital Mukah
Next: Ibu bapa dinasihat pantau gajet anak, elak pengaruh negatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.