Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SFC berjaya pindahkan 791 telur buaya dari sarangnya
  • SEMASA

SFC berjaya pindahkan 791 telur buaya dari sarangnya

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBANYAK 49 biji telur buaya ditemui di sarangnya dekat Taman Malihah, Matang di Kuching. Foto Fail SFC
PENGURUS Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran.

SARIKEI: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya memindahkan 791 telur buaya dari sarangnya di seluruh negeri antara 2020 hingga 2024.

Pengurus Besarnya, Abang Arabi Abang Aimran berkata dalam tempoh sama, lebih 166 buaya telah ditangkap atau dilupuskan.

“Dalam operasi yang dijalankan antara 2020 hingga 2024, sebanyak 280 ekor lagi ditangkap oleh pemburu berlesen.

“Sarawak berdepan cabaran berterusan dalam pengurusan buaya berikutan peningkatan populasi buaya yang kini dianggarkan sekitar 25,000 ekor,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Abang Arabi berkata taburan habitat yang meluas merangkumi lebih 4,500 kilometer (km) di 40 lembangan sungai utama di Sarawak menjadikan pemantauan dan pengurusan lebih komplek.

Beliau berkata ini khususnya di kawasan berpendudukan seperti bandar, kampung, dan rumah panjang yang bergantung kepada sungai untuk aktiviti harian.

Katanya, peningkatan penemuan buaya berhampiran penempatan manusia turut dipengaruhi oleh pembuangan sisa makanan ke sungai, haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran, serta amalan memberi makan buaya secara sengaja.

Selain itu, buaya dan sarangnya juga semakin kerap ditemui di kawasan ladang dan sawah padi.

“Ini sekali gus meningkatkan risiko kepada penduduk setempat. Cabaran turut timbul dalam mengenal pasti punca sebenar insiden di sungai, sama ada disebabkan serangan buaya atau faktor lain seperti lemas atau kemalangan.

“Seringkali dianggap kes kehilangan orang di sungai terus dikaitkan dengan serangan buaya terutamanya melibatkan kes yang tiada saksi yang melihat kejadian atau mayat mangsa tidak ditemui,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SARA bantu ringankan kos sara hidup golongan memerlukan
Next: Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara ke-17, angkat sumpah pada 28 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.