Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang halang jalan, bekalan elektrik terjejas
  • Tengah
  • WILAYAH

Pokok tumbang halang jalan, bekalan elektrik terjejas

Utusan Sarawak 1 day ago
 ANGGOTA APM Saratok membantu mengalihkan pokok yang tumbang di kawasan Pelunga Atas, Roban. Foto: APM Saratok

ROBAN: Pusat Kawalan Operasi Daerah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Saratok menerima panggilan kecemasan pada 9.35 malam tadi berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan utama di kawasan Pelunga Atas, di sini.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, pengadu telah memohon bantuan segera daripada pihak APM untuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang akibat cuaca buruk.

“Seramai tiga anggota APM Saratok yang diketuai oleh Jeffery Kedit Kayan digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setibanya di lokasi, pasukan APM mendapati sebatang pokok getah telah tumbang dan tergantung pada kabel telekom.

Kerja pemotongan pokok dilakukan oleh kontraktor Sesco, manakala anggota APM membantu mengalihkan sisa pokok serta membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan laluan selamat digunakan penduduk.

Sementara itu, Tr Terence Sumping dari Pelunga Atas memaklumkan bahawa ribut kuat yang melanda kawasan tersebut petang semalam turut menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menjejaskan bekalan elektrik sejak kejadian berlaku.

Beliau memohon bantuan segera daripada pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk membaik pulih bekalan elektrik bagi kemudahan penduduk kampung.

Kejadian dilaporkan berlaku di laluan persimpangan masuk ke Rumah Terence Sumping, Pelunga Atas.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sistem saliran di Rumah Lim Sabang bakal dinaik taraf
Next: Pokok tumbang akibat ribut halang jalan depan Hospital Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.