Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SARA bantu ringankan kos sara hidup golongan memerlukan
  • SEMASA

SARA bantu ringankan kos sara hidup golongan memerlukan

Utusan Sarawak 1 day ago

PENERIMA Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Buhairah Hassan, 46, mahu sistem Mykad dikekalkan kerana terbukti berkesan berbanding kaedah lain yang kurang efisien ketika ditemui di sebuah pasaraya hari ini. SARA ialah program bantuan tunai bersasar kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Mulai 1 April lepas, pelaksanaan inisiatif ini diperluas kepada 5.4 juta penerima melibatkan 700,000 penerima SARA sedia ada dalam rekod eKasih serta 4.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahman (STR) sedia ada. Foto BERNAMA


PENDANG:  “Dulu tak reti, sekarang dah pandai.” Begitulah pengakuan tulus Che Mah Ahmad, 79, warga emas dari Kampung Tobiar yang kini semakin mahir menggunakan MyKad bagi memanfaatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli keperluan dapur.

Meniti usia senja, kehidupan bukan lagi semudah dahulu, namun bantuan SARA yang disalurkan secara bulanan menerusi MyKad meringankan beban dan membuat hatinya menjadi lebih tenang.

“Saya bawa MyKad saja mai (datang) beli barang di sini … mula-mula tak reti (guna MyKad untuk pembayaran), sekarang dah pandai.

“Memang cara ini tak menyusahkan rakyat, mudah dan cepat terutama untuk orang tua macam saya,” katanya yang berharap kaedah itu dikekalkan demi membantu lebih ramai rakyat.

Bagi pekerja swasta Mohd Naim Mohd Zubir, 40, dari Kampung Rambai, setiap kali mengeluarkan MyKad di kedai runcit kampungnya, rasa lega menyelubungi dirinya kerana kad itu kini bukan sekadar pengenalan diri tetapi kunci kepada kelangsungan hidup keluarganya.

Inisiatif SARA amat membantu dalam menampung keperluan keluarganya dengan memanfaatkan bantuan itu untuk membeli beras dan makanan harian serta keperluan penting keluarganya

“Mykad memang mudah dan ringkas, tak perlu bawa duit tunai, tak risau tercicir atau kena curi, malah tak perlu beratur panjang,” katanya.

Suri rumah dari Kubur Panjang, Buhairah Hassan, 46, pula menyifatkan bantuan itu  sebagai rezeki yang sangat ditunggu-tunggu setiap bulan.

PENERIMA Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Che Mah Ahmad, 79, (empat, kanan) ditemani anggota keluarga membeli barangan keperluan di sebuah pasaraya hari ini. SARA ialah program bantuan tunai bersasar kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Mulai 1 April lepas, pelaksanaan inisiatif ini diperluas kepada 5.4 juta penerima melibatkan 700,000 penerima SARA sedia ada dalam rekod eKasih serta 4.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahman (STR) sedia ada. Foto BERNAMA

“Saya sokong apa yang dibuat kerajaan ketika ini, bantu rakyat dan mudahkan rakyat, guna MyKad senang nak bayar … saya berharap supaya barangan basah seperti ikan dan sayur turut dimasukkan dalam senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA pada masa hadapan,” katanya.

SARA ialah program bantuan tunai bersasar kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Mulai 1 April lepas, pelaksanaan inisiatif ini diperluas kepada 5.4 juta penerima melibatkan 700,000 penerima SARA sedia ada dalam rekod eKasih serta 4.7 juta penerima Sumbangan Tunai Rahman (STR) sedia ada.

Menerusi Belanjawan 2025, peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah meningkat kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya, dengan jumlah bantuan tahunan SARA turut dinaikkan kepada RM2,100 bagi tahun ini berbanding RM1,200 pada tahun lepas.

Inisiatif ini selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan usaha memperkasakan kehidupan rakyat berpendapatan rendah melalui peluang adil, taraf hidup lebih baik serta perlindungan sosial mencukupi.

Bagi meningkatkan kemudahan rakyat, kerajaan juga telah memperluas kategori barangan boleh dibeli menggunakan SARA kepada 14 kategori di samping menambah bilangan kedai runcit dan pasar raya berdaftar yang kini telah mencecah lebih 4,100 premis di seluruh negara setakat Julai 2025, berbanding hanya 700 tahun lepas. — Bernama

Continue Reading

Previous: Polis buka kertas siasatan dakwaan pesawat asing di ruang udara Saratok
Next: SFC berjaya pindahkan 791 telur buaya dari sarangnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.