Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen premis makanan bersih tingkatkan kesedaran kebersihan
  • WILAYAH

Kempen premis makanan bersih tingkatkan kesedaran kebersihan

Utusan Sarawak 2 days ago
AHLI Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu semasa merasmikan Kempen Premis Makanan Bersih 2025 di Gerai Bumiputera Spaoh, hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Betong

SPAOH: Kempen Premis Makanan Bersih 2025 menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran peniaga tempatan mengenai kepentingan kebersihan premis perniagaan.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata kempen yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Betong itu membawa mesej jelas bahawa penjagaan kebersihan bukan sahaja terhad kepada fizikal gerai dan tempat berniaga, malah turut mencerminkan sikap serta tanggungjawab terhadap kesihatan pengguna dan imej perniagaan.

“Kebersihan premis adalah cerminan kepada tanggungjawab kita terhadap kesejahteraan komuniti setempat, selain membina keyakinan pelanggan serta menyumbang kepada kesihatan awam,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut di Gerai Bumiputera Spaoh, hari ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran penduduk tempatan, para penjaja serta pihak berkuasa tempatan dalam suasana penuh mesra dan harmoni. 

AHLI Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu semasa merasmikan Kempen Premis Makanan Bersih 2025 di Gerai Bumiputera Spaoh, hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Betong

Kehadiran masyarakat yang begitu menggalakkan membuktikan komitmen bersama dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih selamat, bersih dan sihat.

Kempen ini turut disusuli aktiviti gotong-royong melibatkan penjaja, pengunjung serta pegawai Majlis Daerah Betong di kawasan gerai sebagai simbol perpaduan dan kerjasama komuniti.

Dr Richard turut menegaskan bahawa usaha sebegini seharusnya dijadikan budaya berterusan dan amalan harian dalam kalangan peniaga.

“Premis makanan yang bersih bukan sahaja menjamin kepuasan pelanggan, malah membantu membangunkan ekonomi tempatan secara mampan. Kebersihan adalah asas kepada keyakinan, keselamatan dan kemajuan,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan menggesa agar inisiatif seperti ini diteruskan demi kebaikan masyarakat secara keseluruhannya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PKMB Sarikei kesan ibu kandung bayi perempuan ditinggal di Sibu
Next: LCDA hulur bantuan mangsa kebakaran di Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.