Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Warga emas di Kapit bakar kereta akibat cinta ditolak
  • MAHKAMAH

Warga emas di Kapit bakar kereta akibat cinta ditolak

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Sesyen di Kapit menjatuhkan hukuman penjara enam tahun berserta denda RM5,000 terhadap warga emas atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kenderaan pada 1 April lepas.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, Hakim Musyiri Peet memerintahkan tertuduh, Galang Egoh, 69, menjalani tambahan penjara lima bulan berkuatkuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Terdahulu, Galang didakwa melakukan khianat dengan menggunakan api sehingga menyebabkan kerosakan kepada harta benda iaitu sebuah kenderaan Daihatsu Feroza pada 1 April 2025, kira-kira 4.49 pagi di hadapan kedai runcit Simpang Empat Jalan Melekun, Kapit.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga seorang peniaga mendapati kereta Daihatsu miliknya telah dibakar oleh seseorang yang tidak dikenali pada 1 April 2025, lebih kurang 4.49 pagi.

Pada hari sama, lebih kurang 3.30 petang bertempat di kawasan pembinaan terbiar bersebelahan dengan Pasar Tersang Kapit, Jalan Temenggong Koh, pihak polis telah menangkap seorang lelaki yang dikenali sebagai tertuduh.

Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh masih berada di bawah pengaruh alkohol semasa melakukan perbuatan tersebut. Tertuduh telah bertindak memasukkan hos paip ke dalam tangki minyak kenderaan sebelum menghisap hos berkenaan sehingga bahan api mengalir keluar.

Tertuduh terus mengambil pemetik api dari dalam beg yang dibawanya sebelum membakar hos terbabit, yang menyebabkan api terus marak membakar kereta milik pengadu.  

Punca tertuduh membakar kereta milik pengadu adalah kerana berasa sakit hati terhadap adik pengadu yang menolak cintanya, selain enggan membayar semula hutang sebanyak RM5,100 yang didakwa digunakan bagi membaiki kereta milik pengadu.

Kereta pengadu yang mengalami kerosakan telah dihantar oleh tertuduh ke bengkel untuk dibaiki, namun adik pengadu menafikan berhutang dengannya menyebabkan tertuduh bertindak khianat sehingga kenderaan tersebut hangus sepenuhnya dan tidak dapat diperbaiki lagi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pekerja kem balak di Kapit dipenjara 8 tahun tikam rakan
Next: Siti Kasim terima ganti rugi RM160,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.