Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif Karbon Hutan perluas kesedaran, penglibatan komuniti pemilik tanah NCR
  • TEMPATAN

Inisiatif Karbon Hutan perluas kesedaran, penglibatan komuniti pemilik tanah NCR

Utusan Sarawak 2 days ago

LIMBANG: Inisiatif Karbon Hutan 2025 yang diperkenalkan oleh Jabatan Hutan Sarawak bertujuan meningkatkan kesedaran serta penglibatan komuniti, terutama pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam pengurusan karbon hutan.

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan dan Ketua Seksyen Karbon, Bahagian Perancangan dan Pengurusan Hutan, Jabatan Hutan Sarawak, Dr Malcom Demies, inisiatif ini diperluaskan di seluruh negeri bagi menjamin kemampanan pengurusan hutan di Sarawak.

“Kesedaran adalah sangat penting dan Jabatan Hutan memerlukan pihak berkuasa tempatan kerana mereka adalah barisan hadapan dalam komuniti. Dalam projek karbon ini, kami bimbang mereka menjadi mangsa scammer dan menerima maklumat tidak tepat mengenai isu karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Seminar Untuk Komuniti Tempatan Yang Memiliki Tanah Adat (NCR) bagi Inisiatif Karbon Hutan 2025 yang berlangsung di Limbang hari ini.

Dr Malcom turut menjelaskan bahawa Jabatan Hutan sentiasa berbincang untuk memberi khidmat nasihat kepada penduduk tempatan yang ingin melibatkan diri dalam inisiatif ini.

“Seminar ini diadakan untuk memperkenalkan Inisiatif Karbon Hutan Sarawak kepada komuniti yang memiliki Tanah NCR di bawah Native Customary Right Section 6 (NCR Land Code) atau Native Customary Right Section 18 (NCR S18),” ujarnya.

Tambah beliau, inisiatif karbon hutan di Sarawak ini telah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa sebagai satu usaha penting dalam pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber hutan yang lestari.

Turut hadir wakil Pengarah Hutan Sarawak, Phillcaine Pilla dan wakil Residen Bahagian Limbang, Cherylynna Leeza Roland.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelantikan hakim kanan mahkamah atasan perlu patuhi setiap peruntukan undang-undang – Sultan Selangor
Next: SADA adakan lawatan penanda aras di Selangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.