
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menghadiri sarapan bersama rakan-rakan akademik dan peminat sejarah Sarawak di kediaman beliau di ibu negara, pagi tadi.
Hadir dalam pertemuan tersebut ialah Profesor Datuk Dr. Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) dan Dr. Suffian Mansor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta rakan-rakan peminat sejarah yang menetap di Kuala Lumpur.
Perjumpaan santai ini telah dimanfaatkan untuk membincangkan hal ehwal sejarah Sarawak, khususnya dari perspektif para Orientalis dan penulis biografi era pemerintahan Brooke.
Perbincangan ilmiah tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh penghargaan terhadap khazanah sejarah negeri.
Dalam pertemuan tersebut, Tun Wan Junaidi telah menerima sebuah buku bertajuk Parti Negara Sarawak – Dalam Sejarah Politik Sarawak hasil karya Dr. Suffian Mansor, sebagai tanda penghargaan atas minat dan komitmen beliau terhadap sejarah dan pembangunan pemikiran politik Sarawak.
Usaha mendekati golongan ilmuan dan tokoh akademik ini adalah sebahagian daripada komitmen Tun Wan Junaidi bagi memelihara hubungan sosial serta memperkukuh jaringan ilmu dalam era kehidupan moden yang pantas dan mencabar.
-Astana Negeri Sarawak