Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gunakan dana peruntukan secara berhemah, elak salah guna
  • WILAYAH

Gunakan dana peruntukan secara berhemah, elak salah guna

Utusan Sarawak 22 hours ago
 TERIMA KASIH…. Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong, Datuk Teo Boon Siew menyerahkan cek kepada Ibu Pejabat (Kebajikan dan Perubatan) Batalion 10 PGA Kelab Polis BN 10 PGA Sibu yang disaksikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Agatha Ting (tiga kanan). Foto Akun Giman

SIBU: Seramai 137 penerima Peruntukan Projek Khas (PPK) berjumlah RM1.55 juta dan 15 lagi penerima Peruntukan Khas Menteri (PKM) sebanyak RM600,000 daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini.

Para penerima terdiri daripada persatuan, kelab, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta sekolah.

Cek peruntukan tersebut telah diserahkan oleh wakil Tiong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Agatha Ting dan Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong, Datuk Teo Boon Siew pada majlis yang berlangsung di Dewan Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu, hari ini.

Dalam pada itu, turut diserahkan lima set komputer dan pencetak untuk penduduk rumah panjang serta sepuluh hamper kepada ahli-ahli belia.

Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Ting menggesa kepada semua penerima agar menggunakan dana ini dengan sebaiknya demi memberi manfaat kepada komuniti.

“Setiap sen dana mesti digunakan untuk sesuatu yang bermakna, bukan dibazirkan atau digunakan untuk kepentingan peribadi.

“Saya ingin tegaskan di sini anda wajib menghantar laporan penggunaan dana. Jika tiada laporan, bagaimana kami boleh mempertimbangkan bantuan seterusnya?

“Kami mahu membantu, tetapi anda juga mesti memainkan peranan, tunjukkan tanggungjawab anda semua. Hanya dengan itu kami boleh terus menyalurkan bantuan untuk menyokong organisasi anda,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Tiong turut mengingatkan semua pemimpin komuniti iaitu Kapitan, Penghulu, Pemanca dan sesiapa sahaja yang memegang jawatan supaya berhenti bermain politik.

“Jangan bawa agenda parti ke dalam kerja komuniti. Jangan menikam belakang satu sama lain. Rakyat sedang memerhati, saya juga sedang memerhati. Jika anda seorang pemimpin komuniti, berkhidmatlah kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau parti.

“Jika anda tidak mampu berbuat demikian, jika saya dengar lagi aduan tentang sabotaj, iri hati, atau cubaan menjatuhkan satu sama lain, saya tidak teragak-agak untuk mengugurkan anda daripada jawatan, ini adalah amaran terakhir,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa jalan di Miri ditutup sempena Perarakan Perpaduan Hari Sarawak, 22 Julai ini
Next: Lebih 1,300 kanak-kanak meriahkan peraduan mewarna Farley Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.