Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JIMS anjur Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang di ADTEC Miri
  • TEMPATAN

JIMS anjur Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang di ADTEC Miri

Utusan Sarawak 17 hours ago
KURSUS…30 Orang pegawai imigresen pelbagai gred dari bahagian dan pejabat JIMS bahagian utara yang menyertai Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang yang telah berlangsung selama dua hari pada 8 hingga 9 Julai lalu bertempat di ADTEC Miri. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

MIRI: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) telah menganjurkan Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang yang telah berlangsung selama dua hari pada 8 hingga 9 Julai lalu bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Miri.

Menurut JIMS, seramai 30 orang pegawai imigresen pelbagai gred dari bahagian dan pejabat JIM Sarawak bahagian utara telah menghadiri kursus tersebut.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Imigresen Bahagian Miri, KTPP Fandy Ahmad.

“Kursus Perkhidmatan Cemerlang ini telah dikendalikan oleh Penceramah Jemputan dari JIM Perlis, TPPI Mohd Shahril Firdaus Zulkarnain dan TPPI Mohd Khairul Iqbal Zamani dari JIM Johor.

“Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai tentang teknik komunikasi yang berkesan dan profesional dalam melayani pelanggan dari pelbagai latar belakang, termasuk warga asing,” katanya.

KURSUS…30 Orang pegawai imigresen pelbagai gred dari bahagian dan pejabat JIMS bahagian utara yang menyertai Kursus Perkhidmatan Kaunter Cemerlang yang telah berlangsung selama dua hari pada 8 hingga 9 Julai lalu bertempat di ADTEC Miri. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Sehubungan itu, kursus ini juga boleh mewujudkan sikap positif, beretika dan berintegriti tinggi dalam menjalankan tugas di kaunter, sejajar dengan imej jabatan sebagai barisan hadapan negara.

Tambahan pula, kursus ini melatih pegawai untuk mengurus pelanggan yang mencabar, aduan serta situasi tegang dengan tenang dan penyelesaian yang berkesan dan menyokong inisiatif kerajaan dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam dengan memberikan pengalaman pelanggan yang mesra, cepat dan efisien, jelasnya lagi.

Penyampaian Sijil Penghargaan Penceramah telah disampaikan oleh KTPP Fandy Ahmad yang mewakili pihak Pengurusan Tertinggi JIMS.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dango milik Hossein dinobatkan juara Dango Tercantik
Next: Pelantikan hakim kanan mahkamah atasan perlu patuhi setiap peruntukan undang-undang – Sultan Selangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.