Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kenya vaksin lebih 21 juta kanak-kanak atasi tifoid, campak
  • GLOBAL

Kenya vaksin lebih 21 juta kanak-kanak atasi tifoid, campak

Utusan Sarawak 20 hours ago

NAIROBI: Kenya memvaksin sekitar 21.3 juta kanak-kanak bagi mencegah penyakit tifoid dan campak dalam kempen terbaharunya membanteras dua penyakit berjangkit itu, menjadikannya kempen vaksinasi terbesar dalam sejarah negara Afrika Timur tersebut, menurut seorang pegawai kerajaan.

Aden Duale, setiausaha kabinet di Kementerian Kesihatan, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi pada Selasa malam berkata seramai 16.1 juta kanak-kanak telah menerima vaksin konjugat tifoid, manakala 5.18 juta lagi divaksin terhadap campak dan rubela.

“Lebih 74,000 kanak-kanak ‘dos sifar’ yang tidak pernah menerima imunisasi rutin dikenal pasti dan divaksin – satu pencapaian penting dalam usaha kami memastikan tiada sesiapa yang tercicir,” kata Duale.

Beliau berkata vaksin tifoid telah mencapai liputan nasional sebanyak 84 peratus, manakala vaksin campak mencapai kadar 81 peratus.

Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin tifoid kini telah dimasukkan ke dalam program vaksinasi kebangsaan Kenya bagi memerangi bentuk penyakit itu yang tahan ubat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), demam tifoid disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang merebak melalui makanan dan air tercemar, manakala campak merupakan antara punca utama kematian dalam kalangan kanak-kanak kecil di seluruh dunia.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pendaki Swiss diterbangkan dari Gunung Rinjani, Indonesia selepas cedera akibat terjatuh
Next: Harry teruskan legasi Diana dalam lawatan ke lokasi periuk api di Angola

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.