Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendaki Swiss diterbangkan dari Gunung Rinjani, Indonesia selepas cedera akibat terjatuh
  • GLOBAL

Pendaki Swiss diterbangkan dari Gunung Rinjani, Indonesia selepas cedera akibat terjatuh

Utusan Sarawak 17 hours ago

JAKARTA: Seorang pendaki warga Switzerland berusia 46 tahun diterbangkan ke hospital di Bali selepas mengalami kecederaan serius akibat terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia.

Benedikt Emmenegger dilaporkan sedang menuruni denai Pelawangan menuju ke tasik Segara Anak pada Rabu apabila insiden itu berlaku, menurut Pihak Berkuasa Taman Negara Gunung Rinjani (BTNGR).

“Pasukan penyelamat segera digerakkan selepas kejadian itu dilaporkan pada 11.25 pagi waktu tempatan,” kata Ketua BTNGR, Yarman dalam satu kenyataan.

Operasi bersama melibatkan pegawai taman, petugas perubatan, Pasukan Rinjani, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), renjer hutan dan sukarelawan telah dilancarkan dengan pantas.

Yarman menjelaskan bahawa pasukan kecemasan bekerjasama dengan Basarnas Mataram dan Bali Air, yang dihubungi melalui insurans peribadi pendaki itu, bagi mengatur pemindahan menggunakan helikopter.

Emmenegger diterbangkan keluar dari lokasi kejadian pada 4.58 petang dan dihantar ke sebuah hospital di Kuta, Bali.

Laporan awal perubatan menunjukkan beliau mengalami patah paha dan lengan, selain pendarahan di bahagian berhampiran mata.

“Keselamatan adalah keutamaan kami,” kata Yarman sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas dan profesional mereka.

Gunung Rinjani sekali lagi menjadi tumpuan susulan beberapa insiden baru-baru ini, termasuk kematian pendaki Brazil berusia 26 tahun, Juliana Marins, yang ditemukan pada Jun selepas terjatuh ke dalam gaung.

Pada Mei, seorang pendaki Malaysia berusia 57 tahun, Rennie Abdul Ghani, maut akibat terjatuh dalam insiden berasingan, manakala seorang lagi pendaki Malaysia cedera pada akhir Jun.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mendaki, manakala Kementerian Pelancongan Indonesia menggesa penggunaan khidmat pemandu bertauliah dan pengendali pendakian yang berlesen.– Bernama

Continue Reading

Previous: Gunung berapi Iceland meletus kali ke-12 dalam tempoh 4 tahun
Next: Kenya vaksin lebih 21 juta kanak-kanak atasi tifoid, campak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.