Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kru warga asing ditahan bersama kapal tunda tanpa dokumen sah di perairan Miri
  • JENAYAH

Kru warga asing ditahan bersama kapal tunda tanpa dokumen sah di perairan Miri

Utusan Sarawak 19 hours ago
DITAHAN…Kesemua enam kru termasuk nakhoda ditahan untuk siasatan lanjut. Foto APMM Miri

MIRI: Kapal tunda bersama sebuah tongkang yang beroperasi di perairan Miri ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri selepas gagal mengemukakan dokumen perkapalan sah semasa diperiksa dalam satu operasi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi berkata, penahanan dilakukan sekitar 1.05 pagi menerusi Operasi Permai 01/2019 dan Operasi Tiris 3.0 di kedudukan sekitar 4.7 batu nautika barat laut Tanjung Baram di sini.

“Pemeriksaan mendapati kapal tunda dan tongkang tersebut gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan serta Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL), yang merupakan dokumen wajib mengikut undang-undang perkapalan negara,” katanya.

DITAHAN…Kapal tunda bersama tongkang ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perkapalan sah semasa diperiksa dalam satu operasi yang dijalankan oleh APMM Miri, semalam. Foto APMM Miri

Menurut Mohd Khairol, kesemua enam kru termasuk nakhoda yang merupakan warga Indonesia berusia antara 23 hingga 41 tahun turut ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan, serta di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memiliki Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL).

Justeru beliau berkata, APMM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di perairan negara.

“Rondaan dan pemantauan secara berterusan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut disaran menyalurkan aduan melalui talian Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di 085-649 111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544 / 082-432 016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Cubaan dua perompak kaut keuntungan dipatahkan polis
Next: Wakil syarikat pembaikan kapal rugi RM117,000 ditipu tender palsu bateri kapal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.