Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pembunuh pengembara Britian Peter Falconio di Australia meninggal dunia
  • GLOBAL

Pembunuh pengembara Britian Peter Falconio di Australia meninggal dunia

Utusan Sarawak 2 days ago

LONDON:  Lelaki yang membunuh pengembara warga Britain, Peter Falconio, disahkan meninggal dunia selepas dipindahkan ke unit penjagaan paliatif bulan lalu, lapor PA Media/dpa.

Bradley John Murdoch disabitkan kesalahan pada 2005 kerana membunuh Falconio dan menyerang teman wanitanya, Joanne Lees, menggunakan senjata api di kawasan terpencil berhampiran Barrow Creek, Wilayah Utara Australia pada 14 Julai 2001.

Falconio dan Lees, kedua-duanya dari Yorkshire, sedang mengembara merentasi Australia dengan van kembara apabila mereka diserang oleh Murdoch di Lebuh Raya Stuart, sebuah jalan terpencil yang merentasi tengah negara itu.

Murdoch dihukum penjara seumur hidup tanpa parol sekurang-kurangnya selama 28 tahun.

Menurut laporan media tempatan, Murdoch, 67, disahkan menghidap kanser tekak tahap akhir pada 2019 dan telah dipindahkan ke unit penjagaan paliatif dari Pusat Pemulihan Alice Springs bulan lalu.

Jabatan Pemulihan Wilayah Utara mengesahkan bahawa Murdoch meninggal dunia di hospital.

Jurucakap jabatan itu berkata: “Saya mengesahkan bahawa Bradley Murdoch meninggal dunia malam tadi di unit penjagaan paliatif Hospital Alice Springs.

“Kematian ini akan disiasat oleh Koroner Wilayah Utara.

“Tiada kenyataan lanjut buat masa ini.”

Falconio dan Lees ketika itu sedang memandu berhampiran kawasan terpencil Barrow Creek, di utara Alice Springs, apabila Murdoch menghampiri mereka dan mendakwa melihat percikan api keluar dari van mereka.

Dia kemudian menembak Falconio di kepala ketika lelaki itu memeriksa kenderaan, sebelum memaksa Lees masuk ke kenderaannya dan mengikat tangan wanita itu dengan kabel plastik.

Lees berjaya melarikan diri dan bersembunyi di kawasan pedalaman selama beberapa jam sebelum berjaya menahan sebuah lori yang lalu.

Dalam perbicaraan, pihak pendakwaan berhujah bahawa Murdoch dipercayai telah melupuskan mayat Falconio di kawasan gurun terpencil yang luas antara Alice Springs dan Broome, meliputi jarak lebih 1,900 kilometer.

Walaupun pencarian dilakukan berulang kali, mayat Falconio masih belum ditemukan.

Lees, yang pulang ke United Kingdom, memberitahu program hal ehwal semasa Australia 60 Minutes pada 2017 bahawa beliau masih berharap untuk “membawanya pulang”.

“Pete kehilangan nyawanya pada malam itu, tapi saya juga kehilangan hidup saya,” katanya ketika itu.

“Saya mungkin tidak akan pernah benar-benar tenang selagi Pete belum ditemukan, tetapi saya terima bahawa ada kemungkinan dia tidak akan ditemukan selama-lamanya,” katanya ketika itu.

Murdoch telah beberapa kali mengemukakan rayuan yang semuanya ditolak, termasuk oleh mahkamah tertinggi Australia yang enggan mendengar kesnya pada 2007.

Bulan lalu, polis mengumumkan ganjaran baharu sebanyak A$500,000 (kira-kira AS$325,675) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penemuan mayat Falconio.– BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Continue Reading

Previous: 11 hilang selepas bot laju terbaik di perairan Pulau Mentawai, Indonesia
Next: Gunung berapi Iceland meletus kali ke-12 dalam tempoh 4 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.