
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79.
Fahmi menerusi hantaran di Facebooknya turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan keseihatan berpanjangan.
“Patik dengan penuh ikhlas mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta kekal qarar memerintah Brunei Darussalam dengan penuh kewibawaan, kebijaksanaan dan keadilan,” katanya dalam hantaran itu.
Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967. -Bernama