Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Zetrix AI akan mohon semakan kehakiman terhadap teguran Bursa Malaysia
  • SEMASA

Zetrix AI akan mohon semakan kehakiman terhadap teguran Bursa Malaysia

Utusan Sarawak 18 hours ago

KUALA LUMPUR:  Zetrix AI Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai MYEG Services Bhd, akan memohon semakan kehakiman berhubung teguran terbuka oleh Bursa Malaysia Securities Bhd membabitkan pelanggaran keperluan penyenaraian.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata tindakan akan dibuat selepas mendapatkan nasihat peguamnya.

Selain teguran, Bursa Malaysia Securities itu turut mengenakan denda RM150,000 kepada tujuh pengarah syarikat kerana melanggar Keperluan Penyenaraian (LR) Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Mereka termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Wong Thean Soon, Pengerusi Eksekutif Datuk Dr Norraesah Mohamad dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah.

Tindakan sama turut dikenakan ke atas Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Wong Kok Chau, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, Datuk Mohd Jeffrey Joakim dan Mohaini Mohd Yusof.

Dalam kenyataan berasingan hari ini, Zetrix AI berkata dagangan sahamnya telah digantung pada 9 pagi hingga 10 pagi dengan harga sahamnya ditutup pada 98.5 sen semalam.– Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar rafak sembah takzim dan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Next: Investigation launched over alleged sighting of U.S. B-2 Bomber in Saratok skies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.